Utusan Borneo (Sabah)

Generasi Mayuk bertemu di Kiau Nuluh, Kota Belud

- Oleh HENRY BATING

KOTA BELUD: Kira-kira 200 ahli keluarga ‘Sinakagon Mayuk’ bertemu dalam majlis yang julung kali diadakan dalam rangka menghimpun generasi keluarga itu yang tersebar di pelbagai daerah seperti Ranau, Kota Belud, Papar dan Beaufort.

Pengerusi Penganjur Dasing Matanggal berkata pertemuan itu merupakan satu titik permulaan bagi pertemuan yang berpanjang­an oleh ahli keluarga besar itu bagi menggalakk­an semangat membangun bersama.

“Kita akan terus mengadakan pertemuan seperti ini pada masa-masa yang akan datang untuk memberi kesempatan kepada

PERTEMUAN Keluarga Mayuk di Kiau Nuluh, Kota Belud.

generasi keluarga bertemu dan saling kenal-mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Pertemuan itu telah berlangsun­g meriah di Kg Kiau Nuluh di sini pada Sabtu.

Dasing menjelaska­n pertemuan itu beliau inisiatifk­an sebagai satu komitmen terhadap keluarga besar agar generasi muda keluarga itu lebih mengetahui asal-usul keluarga dan membuka kesempatan untuk saling membantu menjayakan program pembanguna­n masyarakat.

Beliau menyifatka­n pertemuan itu sebagai sesuatu yang amat bermakna dan bersejarah kerana beberapa generasi bertemu sesama sendiri sebagai ahli dalam himpunan satu keluarga yang besar.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena pertemuan itu yang bertujuan saling mengenali dan mewujudkan kemesraan di antara anggota keluarga dengan keluarga yang lain.

 ??  ?? DASING MATANGGAL GENERASI Keluarga Mayuk berhimpun depan kain rentang majlis pertemuan.
DASING MATANGGAL GENERASI Keluarga Mayuk berhimpun depan kain rentang majlis pertemuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia