Utusan Borneo (Sabah)

Pusat tahfiz tiada OC

Bangunanny­a juga sudah diubah suai dari struktur asal

-

KUALA LUMPUR: Pusat tahfiz yang terbakar di Keramat di sini hari ini tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan (OC) selain telah diubah suai daripada struktur asal, kata Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menerima permohonan sijil perakuan berkenaan daripada pihak pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Jalan Keramat Ujung bulan lepas, namun masih belum diluluskan.

“Mengikut pelan asal bangunan itu, ia berkonsep terbuka, tetapi telah dibina tembok dan tidak ikut pelan asal.

“Bangunan ini juga belum ada kebenaran untuk beroperasi daripada pihak bomba,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian di sini pada Khamis.

Kebakaran awal pagi itu meragut nyawa 22 pelajar tahfiz dan dua guru tahfiz.

Noh berkata dalam tempoh dua tahun kebelakang­an ini, hampir 29 kes kebakaran melibatkan sekolah tahfiz berlaku di seluruh negara.

“Kebanyakan (bangunan) tahfiz ini tidak mengikut peraturan,” katanya.

Beliau berkata pengusaha sekolah tahfiz harus mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan sentiasa mengutamak­an keselamata­n para pelajar.

Beliau meminta pengusaha tahfiz agar mendapatka­n pandangan dan nasihat daripada pihaknya untuk memastikan tahfiz yang beroperasi mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat­DatukWanMo­hd Nor Ibrahim berkata bomba menerima pelan reka bentuk bagi pembinaan bangunan pusat tahfiz berkenaan pada 2015 dan telah memberikan pandangan mengenai kelengkapa­n kebakaran yang perlu ada.

“Dari segi pelan reka bentuk memang okey. Ada dua tangga dan merupakan satu asrama jenis terbuka,” katanya.

Beliau berkata pengusaha pusat pengajian sepatutnya perlu menghantar pelan Mekanikal dan Kejurutera­an (MNE) untuk diluluskan pihak bomba, sebelum membina bangunan tersebut.

“Apabila siap, kena panggil bomba untuk membuat pemeriksaa­n bagi memastikan semua keperluan

“Mengikut pelan asal bangunan itu, ia berkonsep terbuka, tetapi telah dibina tembok dan tidak ikut pelan asal. Bangunan ini juga belum ada kebenaran untuk beroperasi daripada ” pihak bomba TAN SRI NOH OMAR Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

kita nyatakan dipatuhi. Tetapi dalam kes ini, bangunan itu telah disiapkan dan diduduki walaupun tanpa kelulusan pelan MNE dan pemeriksaa­n bomba.

“Selain itu, mereka pula buat ubah suai dalaman dengan menambah pembahagi (partition) dan menutup satu laluan keluar,” katanya.

Beliau berkata susunan katil yang terlalu rapat juga merupakan antara punca mangsa sukar untuk menyelamat­kan diri.Bernama

 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluark­an mayat mangsa yang terkorban dalam kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Jalan Keramat pada Khamis.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluark­an mayat mangsa yang terkorban dalam kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Jalan Keramat pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia