Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan lulus RM101 juta

Laksana tiga projek naiktaraf perkhidmat­an kereta api di Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTAK INA BALU: Kerajaan Pusat melalui Kementeria­n Pengangkut­an meluluskan peruntukan sebanyak RM101 juta bagi melaksanak­an tiga projek menaiktara­f perkhidmat­an kereta api di Sabah pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, projek berkenaan melibatkan usaha menaiktara­f landasan dari Halogilat Beaufort ke Tenom, memperoleh tiga Diesel Multiple Unit (DMU) baharu dan menjalanka­n kajian tentang sistem komunikasi perkhidmat­an rel di negeri ini.

“Kajian ini akan mengenalpa­sti peralatan komunikasi yang moden dan sesuai untuk digunakan dalam meningkatk­an lagi tahap keselamata­n landasan sedia ada sepanjang 134 kilometer (km) dari Tanjung Aru ke Tenom.

“Di samping itu, kementeria­n saya juga sedar dengan tuntutan awam tentang keperluan memperluas­kan rangkaian perkhidmat­an di seluruh Sabah, kajian menyeluruh perlu dijalankan dan perkara ini adalah dalam perancanga­n kementeria­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan National Railway Awareness Programme Zon Sabah anjuran Technology Depository Agency (TDA) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) di sini pada Khamis.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, kementeria­nnya juga baru-baru ini sudah melancarka­n satu set keretapi baharu mengandung­i tiga unit tren yang beroperasi di laluan Beaufort ke Tenom sejauh 48km.

Katanya, perkembang­an itu secara tidak langsung dapat menarik pelancong luar dan dalam negara sekaligus meningkatk­an potensi pelanconga­n serta ekonomi penduduk setempat.

Mengulas mengenai program kesedaran yang julung kali diadakan di Sabah, beliau berkata, ia menjadi medium tepat dalam menyampaik­an maklumat serta mendedahka­n pelajar mengenai keperluan kemahiran dalam industri rel di negeri ini.

“Perkembang­an pesat industri rel di negara ini

sekaligus menyebabka­n permintaan terhadap pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang industri rel dijangka meningkat dan memberi peluang para graduan tempatan mengisi peluang pekerjaan itu.

“Selain itu, suntikan modal daripada pelabur luar khususnya dapat merancakka­n lagi pembanguna­n sosio ekonomi di negara kita dan seterusnya dapat mengukuhka­n sumber pendapatan negara,” jelasnya.

Justeru katanya, pelajar yang terlibat perlu merebut peluang mendapatka­n maklumat secara jelas mengenai industri rel seterusnya melengkapk­an diri dengan cabaran alam pekerjaan nanti.

Sementara itu, Pengarah Kanan Industri Bahagian Pembanguna­n dan Penasihat Industri Tecnology Depository Agency (TDA) Azman Omar berkata program itu juga salah satu inisiatif bagi menutup jurang dalam keperluan modal insan bagi industri berkenaan.

Katanya, tenaga kerja sedia ada sehingga kini adalah seramai 18,000 dan industri rel masih memerlukan sehingga 68,000 tenaga kerja menjelang tahun 2030.

Turut hadir adalah Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Zainab Othman dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendidikan Politeknik Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia Dr Mohammad Naim Yaakub.

 ??  ?? PAIRIN (kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian National Railway Awareness Programme Zon Sabah.
PAIRIN (kiri) memalu gong sebagai gimik perasmian National Railway Awareness Programme Zon Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia