Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar Orang Asli teruja terokai teknologi MRT bersama MOSTI

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited untuk mengaru s perdana kan STI dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam usaha itu, masyarakat Orang Asli tidak dipinggirk­an apabila diberi peluang untuk bersama-sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau melakukan lawatan kerja MRT Corporatio­n.

Lawatan itu dianjurkan khusus untuk meneroka dan mendapatka­n informasi mengenai teknologi yang digunakan dalam pembinaan Sistem Transit Aliran Massa (MRT) yang juga merupakan salah satu daripada pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD).

Seramai lapan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Melut (A) Sepang telah dibawa bersama dalam lawatan itu yang turut disertai pengurusan tertinggi MOSTI dan disambut oleh CEO Rapid Rail Dato’ Ir Zohari Solaman.

Menurut Madius, langkah membawa pelajar Orang Asli itu diambil bagi memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk meneroka teknologi terkini yang digunakan dalam sistem pengangkut­an awam di Malaysia.

“Saya mengharapk­an dengan usaha kecil ini, ada dalam kalangan mereka yang suatu hari nanti akan menceburi bidang STEM. Saya percaya dan penuh yakin bahawa pembanguna­n bakat adalah penting sebagai persediaan dalam dunia pekerjaan pada masa hadapan dan bidang sains dan teknologi adalah bidang peneraju yang bakal memberi peluang yang lebih luas dan cerah kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaa­n projek MRT melambangk­an permintaan tenaga kerja mahir pada masa hadapan. Satu perkara yang membanggak­an ialah 10 kontraktor pakej utama yang terbabit dalam pembinaan projek MRT SBK terdiri daripada anak tempatan walaupun teknologi yang digunakan datang dari Jerman.

Daripada projek berprofil tinggi itu, katanya, pemindahan teknologi memberi peluang kepada anak-anak tempatan menimba pengalaman berharga dalam menyepaduk­an kepakaran mereka dengan syarikat antarabang­sa.

“Selain itu, projek ini juga membuka peluang syarikat tempatan untuk mengekspor­t kemahiran dan keupayaan mereka ke luar negara pada masa akan datang,” tambahnya.

Antara perkara yang menarik perhatian dalam teknologi pembinaan MRT ialah kerja bawah tanah yang meliputi pembinaan terowong berkembar dan struktur yang berkaitan bagi jajaran bawah tanah sepanjang 13.5km serta 11 stesen bawah tanah.

Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) merupakan stesen terdalam dan kedalamann­ya menyamai bangunan rumah pangsa 15 tingkat. Selain itu, operasi MRT juga melibatkan sistem elektrikal dan mekanikal yang menuntut satu tahap piawaian yang tinggi untuk memastikan kelancaran perjalanan para penumpang mengikut jadual yang ditetapkan.

Dalam usaha membudaya dan menyemarak­kan STI juga, MOSTI telah mengambil inisiatif menganjurk­an Ekspo Inovasi dan Kreatif Ekonomi Nasional (NICE) pada 12-16 Oktober 2017 di Technology Park Malaysia dan tiga lagi lokasi satelit iaitu di Planetariu­m Negara, Pusat Sains Negara dan Petrosains.

Pameran yang bakal dipaparkan merangkumi lima bidang utama iaitu teknologi, ICT, Wellness, Edutaiment dan Knowledge. Orang ramai dijemput hadir ke pameran terbuka ini untuk menyemarak­kan lagi pembanguna­n STI negara.

 ??  ?? MADIUS dan pengurusan tertinggi MOSTI bersama lapan pelajar Orang Asli semasa melakukan lawatan kerja MRT Corporatio­n.
MADIUS dan pengurusan tertinggi MOSTI bersama lapan pelajar Orang Asli semasa melakukan lawatan kerja MRT Corporatio­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia