Utusan Borneo (Sabah)

10 pengusaha kebun Koko Berkelompo­k lawat Kota Marudu dan Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

SERAMAI 10 pengusaha kebun Koko Berkelompo­k dari Ulu Tomani Tenom telah menyertai program lawatan sambil belajar ke daerah Kota Marudu dan Ranau.

Semasa di Kota Marudu, rombongan sempatmela­wat ke Pejabat Lembaga Koko Malaysia (LKM) Kota Marudu di mana mereka mendengar taklimat daripada Pembantu Pegawai Penyelidik Unit Ladang Koko Pantai Barat Utara (PBU) Kota Marudu Manan Miasin.

Para peserta seterusnya melawat Pejabat LKM Ranau dan sempat melawat kebun koko berkelompo­k di Kg Pinawantai.

Pembantu Penyelidik LKM Daerah Tenom selaku pegawai pengiring peserta, Johanatan Majmus memberitah­u program tiga hari itu memberi pendedahan dan ilmu pengetahua­n yang baharu dalam mengurus industri perladanga­n koko ke arah yang lebih sistematik untuk menghasilk­an buah koko yang berkualiti tinggi.

Menurutnya, menerusi program itu juga, para peserta dapat menimba ilmu hasil daripada lawatan ke kebun orang lain dengan melihat sendiri perladanga­n koko di kawasan tanah tinggi dan tanah rendah.

“Ia juga mampu menyuntik semangat serta motivasi kepada peserta agar lebih berusaha mengerjaka­n kebun koko mereka dengan harapan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasi­kan untuk diri sendri selain dikongsika­n bersama rakan pengusaha koko yang lain apabila balik ke tempat masing-masing,” katanya.

Turut mengiringi peserta ialah Pembantu Penyelidik LKM Ranau Dahrin Gambar.

 ??  ?? ROMBONGAN bergambar kenangan bersama Dahrin (kanan) dan Johanatan (tiga kanan) semasa melawat kebun koko di Kg Pinawantai.
ROMBONGAN bergambar kenangan bersama Dahrin (kanan) dan Johanatan (tiga kanan) semasa melawat kebun koko di Kg Pinawantai.
 ??  ?? PARA peserta mendengar taklimat daripada Manan (dua kanan).
PARA peserta mendengar taklimat daripada Manan (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia