Utusan Borneo (Sabah)

PropEX2017 di Pusat Dagangan Sabah pada 28 Sept-1 Okt

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Persatuan Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) akan mengadakan Pameran Hartanah 2017 (PropEX2017) pada 28 September hingga 1 Oktober depan, bertempat di Pusat Dagangan Sabah, Likas.

Pameran ini akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman pada 28 September, jam 2.30 petang.

Musa kemudian akan diiringi Presiden Shareda Chew Sang Kai bagi menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an antara Shareda dan Property Hunter serta akan melawat gerai-gerai pameran hartanah dan menyampaik­an sijil penyertaan kepada para peserta pameran berkenaan.

Pada hari kedua dan ketiga, iaitu pada 29 dan 30 September, akan diadakan ceramah hartanah masingmasi­ng bertajuk Pelaburan Hartanah - Rahsia Yang Menjamin Kejayaan, Menguruska­n Pembanguna­n Campuran - pelajari daripada Semenanjun­g, Transforma­si, Latihan & Permintaan Model Propenomi Untuk Pelaburan Pintar, Apa Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Hartanah Anda Pada MasaMasa Yang Sukar, Keperluan Cukai Terhadap Pelaburan Hartanah dan Langkah Untuk Mendapatka­n Pinjaman Anda Diluluskan.

Turut diadakan ialah ceramah produk daripada empat syarikat, iaitu OrangeTee.Com Pte Ltd, FERI Formwork Malaysia SdnBhd, PH One Developmen­t dan Widebed.

Selain cabutan bertuah, pameran selama empat hari itu juga menyediaka­n Anugerah Gerai Terbaik, Hiasan Model Rumah Terbaik serta Anugerah Risalah Kreatif dan Terbaik.

Majlis penutupan PropEX2017 akan disempurna­kan oleh Timbalan Presiden Shareda Datuk Sr Chua Soon Ping pada 1 Oktober.

 ??  ?? CHUA (depan, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur dan para peserta PropEX2017.
CHUA (depan, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur dan para peserta PropEX2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia