Utusan Borneo (Sabah)

Dua pengedar dadah warga asing ditangkap di Bintulu

-

BINTULU: Dua lelaki warga Indonesia diberkas oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu petang semalam kerana disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah di Bintulu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, ACP Zailanni Amit berkata, dua suspek mengedar dadah sejak tahun 2013 ditangkap di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 di rumah tidak bernombor di sebuah ladang sawit di Samalaju di sini sekitar jam 2 petang pada Rabu.

Katanya, hasilp emeriksaan ke atas suspek, polis menjumpai 36 keratan tiub straw warna merah jambu dan kuning berisi ketulan kristal yang disyaki dadah syabu.

“Kedua-dua suspek mengaku membeli dadah tersebut daripada seorang kenalan berbangsa Bugis dikenali sebagai Rais di sebuah ladang sawit di Niah Miri,” ujarnya di sini pada Rabu.

Beliau berkata, sebelum ini pasukan JSJ Narkotik yang diketuai ASP Ismuni Umar membuat intipan dan mengikuti suspek sehingga ke Samalaju sehingga membawa penangkapa­n suspek.

“Kekerasan minumum terpaksa digunakan kerana suspek bertindak agresif dan enggan bekerjasam­a.

“Rakaman kenyataan risikan akan dibuat setelah permohonan remah dibuat oleh pegawai penyiasat ke atas suspek,” katanya sambil menambah anggaran kasar berat keseluruha­n dadah dirampas adalah 8.5 gram dengan nilai harga pasaran RM1,800.

Beliau berkata, risikan dan siasatan lanjut ke atas kes terbabit masih diteruskan.

 ??  ?? DADAH dirampas daripada dua suspek.
DADAH dirampas daripada dua suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia