Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan dua wanita asing

Disyaki terbabit aktiviti pelacuran

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: Polis menahan dua wanita warga Thailand selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Jalan Bundusan di sini malam Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata pihaknya menjalanka­n serbuan di sebuah hotel di Beverly Hills kira-kira jam 10 malam selepas mendapat maklumat berkenaan aktiviti pelacuran di hotel terbabit.

“Hasil serbuan di dua bilik berasingan mendapati terdapat dua wanita masing-masing berumur 20 tahun yang tidak memakai baju bersama pasangan masing-masing.

“Pemeriksaa­n lanjut di dalam bilik terbabit mendapati terdapat 13 kondom termasuk lima bungkus sudah digunakan serta pelincir jenis KY yang dipercayai digunakan untuk kegiatan seks,” katanya.

Pihaknya turut merampas dua telefon bimbit dan wang tunai RM614 yang dipercayai diperoleh daripada kegiatan pelacuran berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua wanita warga Thailand dan barangan rampasan kemudianny­a dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan selanjutny­a.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundala­n,” katanya.

Beliau berkata operasi dilaksanak­an lapan anggota polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) IPK Sabah yang diketuai oleh Pegawai Serbuan Inspektor Hasryman Osman.

 ??  ?? DUA wanita warga Thailand yang ditahan selepas dipercayai melakukan aktiviti pelacuran.
DUA wanita warga Thailand yang ditahan selepas dipercayai melakukan aktiviti pelacuran.
 ??  ?? ANGGOTA polis D7 memeriksa barangan milik suspek.
ANGGOTA polis D7 memeriksa barangan milik suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia