Utusan Borneo (Sabah)

Hytech sedia pertahan kejuaraan

Tenis Berpasukan 1Malaysia DS Rosmah Mansor Jemputan Sabah 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Hytech Blended siap sedia untuk mempertaha­nkan kejuaraan di Kejohanan Tenis Berpasukan 1Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor Jemputan Sabah 2017.

Kejohanan berprestij untuk edisi ke-10 itu akan berlangsun­g di tiga pusat tenis bersaingan iaitu di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK), Sabah Golf and Country Club (SGCC) dan Sutera Harbour Marina, Golf and Country Club (SHMGCC) bermula hari ini (Jumaat) hingga 17 September (Ahad).

Tahun ini mencatat rekod baru penyertaan dengan kehadiran 19 pasukan dari seluruh negara, melepasi rekod 16 pasukan pada tahun lalu.

Yang pastinya, juara bertahan dari Kuala Lumpur itu akan disaingi hebat oleh juara enam kali berturut-turut Wilson Meerkats (sebelum ini menggunaka­n nama Wilson Lakeview) juga dari Kuala Lumpur.

Pasukan-pasukan yang akan bertanding di kejohanan tiga hari itu terdiri dari KK Frenz, KK Bugzzzs, PTBSGreens­ports (Kuching), BDLTA (Bintulu), PTKB (Kota Belud), Tennis Champs KK, Morning Glory (KK), Kool Tennis Spore, Hytech Blended (KL), Hytech Single Malt (KL), Ace Tennis Tawau, ILP Sandakan, Likas 1GC, 1Tennis Tawau, Thunder Blaze (KK), Keningau FOX, Suria PowerCat dan Sunday Tennis SGCC.

“Seperti tahun lalu, buat tahun kedua, kejohanan ini akan menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n bernilai RM15,000,” jelas beliau.

Kejohanan itu yang menawarkan hadiah keseluruha­n bernilai RM15,000 melibatkan persaingan lima kategori iaitu beregu lelaki peringkat umur 25, 35, 45 dan 55 tahun ke atas selain beregu wanita 35 tahun ke atas.

Juara akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 sambil naib johan dan pasukan yang menduduki tempat ketiga masing-masing akan menerima RM3,000 dan RM2,000.

Untuk kedudukan seterusnya, pasukan-pasukan yang menduduki tempat keempat hingga ke-12 masingmasi­ng akan menerima wang tunai RM1,000, RM900, RM800, RM700, RM600, RM500, RM400, RM300 dan RM200.

Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA) Johnson Koh berkata, perlawanan akan dimulakan secara liga kumpulan.

 ??  ?? JOHNSON (depan lima kiri), bersama antara pengurus-pengurus pasukan dan pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Berpasukan 1Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor Jemputan Sabah 2017 semasa sesi penyesuaia­n diri di Sutera Harbour Resorts pada Khamis.
JOHNSON (depan lima kiri), bersama antara pengurus-pengurus pasukan dan pemain yang akan menyertai Kejohanan Tenis Berpasukan 1Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor Jemputan Sabah 2017 semasa sesi penyesuaia­n diri di Sutera Harbour Resorts pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia