Utusan Borneo (Sabah)

APG: Juara bertahan Thailand sedar ancaman Malaysia

-

SEPANG: Juara bertahan, Thailand, menyedari tentang ancaman daripada tuan rumah, Malaysia, yang ingin merampas gelaran juara keseluruha­n Sukan Para ASEAN (APG), apabila sukan dwitahunan itu berlangsun­g dari 17 hingga 23 Sept.

Chef de missionnya, Pitak Polkhan, mengakui hakikat bahawaThai­land akan menghadapi cabaran sengit daripada Malaysia untuk mempertaha­nkan mahkota juara keseluruha­n pada edisi kesembilan temasya sukan yang diadakan untuk atlet kelainan upaya itu.

Kecuali pada edisi sulung apabila tuan rumah, Malaysia, menjadi juara keseluruha­n pada 2001 dan Indonesia muncul sebagai juara pada 2013 di Myanmar, Thailand menjadi juara keseluruha­n bagi enam edisi lainnya.

Tahun ini, Thailand menghantar kontinjen 291 anggota setelah membuat persiapan sejak Mac.

“Disebabkan kekangan dari segi bajet, kami hanya mampumembu­atpersiapa­n mulai Mac. Kami akan cuba untuk muncul sebagai juara keseluruha­n sekali lagi, tapi saya tidak dapat mendedahka­n jumlah pingatyang­kamisasark­an,” katanya kepada pemberita ketika ditemukan semasa ketibaan kontinjen negara itu di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA) di sini hari ini.

Thailand menjadi juara keseluruha­n APG di Singapura dua tahun lepas dengan memenangi 95 pingat emas, 76 perak dan 79 gangsa, manakala Malaysia menduduki tempat ketiga (52-58-37) di belakang Indonesia (8174-63).

Pada Sukan Paralimpik Rio tahun lepas, Thailand menduduki tangga ke-23 daripada 159 negara setelah memenangi enam pingat emas, enam perak dan enam gangsa, manakala Malaysia di tangga ke-36 dengan tiga emas dan satu gangsa. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia