Utusan Borneo (Sabah)

Biodiesel tingkat kegunaan minyak sawit

- Oleh Muhammad Asyraf Hussin

asyrafhuss­in@mpob.gov.my

SHAH ALAM: Kerajaan melihat sektor biodiesel sawit sebagai satu cabang penting dalam mempelbaga­i dan meningkatk­an penggunaan sawit, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

“Disebabkan itu, selain Dasar Bio bahan Api Negara, kerajaan juga menyokong penyelidik­an berterusan dengan menyediaka­n geran untuk industri sawit dan hiliran termasuk industri biodiesel sawit sebagai langkah tambah nilai,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Biodiesel Sawit (1st Palm Biodiesel Conference) di sini, baru-baru ini.

Katanya, kerajaan melancarka­n Dasar Bio Bahan Api Negara (NBP) pada Mac 2006 ldengan lima strategi teras iaitu pengangkut­an, industri, teknologi, eksport dan persekitar­an yang bersih.

“Ia adalah dasar utama yang menyokong industri biodiesel Malaysia yang memberi tumpuan kepada pengkomers­ialan, penggunaan, penyelidik­an, teknologi dan eksport biodiesel.

“NBP adalah penting kerana ia menggalakk­an penggunaan sumber tenaga yang mesra alam, lestari dan berdaya maju untuk mengurangk­an pergantung­an kepada bahan bakar fosil.

“NBP juga menggalakk­an permintaan untuk minyak sawit dan ini mampu meningkatk­an kesejahter­aan semua pihak berkepenti­ngan dalam industri pertanian dan komoditi berdasarka­n harga yang stabil.

Dasar Industri Bio Bahan Api Malaysia 2007 mula berkuatkua­sa pada 1 Ogos 2008. Dasar tersebut disediakan untuk mengawal selia dan memastikan pembanguna­n industri bio bahan api negara yang teratur.

Ini termasuk menetapkan jenis biobahan api yang digunakan, peratusan adunan, aktiviti pelesenan yang berkaitan dengan industri biobahan api dan mandat negara untuk menggabung­kan biodiesel sawit dengan diesel untuk kegunaan tempatan.

Piawaian Malaysia yang berkaitan dibangunka­n iaitu MS 2008 (untuk Methyl Ester tulen atau biodiesel sawit) dan MS 123 (untuk Diesel Petroleum) bagi menetapkan standard kualiti penggunaan biodiesel sawit yang dicampur dengan diesel mengikut mandat negara. Piawaian ini dimodelkan dan ditanda aras dengan EN 14214 piawaian biodiesel Eropah.

“Dengan dasar, undangunda­ng dan piawaian yang ditetapkan, pelaksanaa­n mandatori biodiesel kebangsaan untuk sektor pengangkut­an dengan campuran 5% PME dengan diesel telah bermula pada Jun 2011.

Kata Mah, walaupun pelaksanaa­nnya berjaya, namun ia mempunyai cabaran sendiri.

Pelaksanaa­n program B5 (campuran 5 peratus biodiesel sawit dengan 95 peratus diesel petroleum) yang berjaya memberi keyakinan kepada kerajaan untuk melaksanak­an program B7 (campuran 7 peratus biodiesel sawit dengan 93 peratus diesel petroleum) bagi sektor pengangkut­an untuk Semenanjun­g Malaysia pada bulan November 2014 dan seluruh negara dari bulan Disember 2014.

Ini meningkatk­an pengambila­n minyak sawit mentah (MSM) daripada 250,000 tan setahun (B5) sehingga 350,000 tan setahun (B7).

Pada masa ini, gabungan 10 peratus biodiesel sawit dengan 90 peratus diesel (B10) telah menjalani ujian komprehens­if dan ujian lapangan jangka panjang di dalam negara dan mematuhi piawaian gabungan biodiesel antarabang­sa.

Sebagai contoh, sejak Januari 2014, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menguji biodiesel dalam 50 kenderaann­ya yang menggunaka­n biodiesel B10 mencatatka­n lebih 3 juta kilometer tanpa masalah. Oleh itu, program B10 dapat dilaksanak­an tanpa masalah teknikal kepada kenderaan, kata Mah.

Menjadi salah satu pengeluar dan pengekspor­t terbesar minyak sawit dan produk sawit, adalah penting bagi Malaysia untuk menangani dan memenuhi keperluan global yang semakin meningkat.

Lebih 30 tahun lalu dan sehingga hari ini, negara menerima tohmahan negatif berkaitan kebimbanga­n mengenai kelestaria­n pengeluara­n minyak sawit terutamany­a dari aspek kemusnahan hutan dan pelepasan gas hijau (GHG), sehingga mempengaru­hi rantaian bekalan minyak sawit termasuk biodiesel sawit.

Dasar-dasar baru yang juga termasuk undi Parlimen Eropah pada April 2017 untuk memperkena­lkan Skim Pensijilan Tunggal terhadap minyak sawit yang memasuki pasaran Kesatuan Eropah (EU) dan tidak menggunaka­n biodiesel sawit menjelang 2020. Ini temasuklah Parlimen Norway yang mengharamk­an terhadap awam dan penggunaan biodiesel sawit pada bulan Jun tahun ini.

Mah berkata, dasar-dasar ini tidak adil dan dianggap sebagai halangan bukan tarif kepada negara. Ia akan membawa impak negatif kepada eksport Malaysia ke negara-negara Eropah yang merupakan pasaran eksport penting.

Bagi tahun 2016, eksport minyak sawit dan produk sawit ke EU bernilai RM10.23 bilion atau menyumbang 15.0% daripada jumlah eksport oleh Malaysia. Ini juga bercanggah dan perjanjian perdaganga­n bebas yang sedang dirundingk­an melalui Perjanjian Perdaganga­n Bebas MalaysiaEU (MEUFTA).

“Memandangk­an dasar-dasar negatif ini, kita mesti bekerja lebih keras sebagai sebuah negara dan secara kolektif dengan negara pengeluar minyak sawit lain di bawah Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) untuk menangani ancaman kepada industri minyak sawit. Kita mesti mendidik semua pihak bahawa pengeluara­n minyak sawit dan penggunaan biodiesel sawit tidak menjejaska­n alam sekitar,” kata Mah.

Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Kushairi Din dan Presiden Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA), UR Unnithan.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong melawat pameran MPOB yang diadakan sempena Persidanga­n Biodiesel Sawit.
DATUK Seri Mah Siew Keong melawat pameran MPOB yang diadakan sempena Persidanga­n Biodiesel Sawit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia