Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan MPOB turun padang temui pekebun kecil

- Oleh Helmi Nazeri helminazer­i@mpob.gov.my

KUALA LANGAT: Program Turun Padang MPOB yang diketuai oleh Ketua Pengarahny­a, Dr. Ahmad Kushairi Din di kebun sawit milik pekebun kecil persendiri­an kawasan ini membuktika­n keprihatin­an pihak pengurusan MPOB terhadap aktiviti pengembang­an dan pembanguna­n sektor pekebun kecil.

Dr. Kushairi berserta rombongan dibawa melawat kebun milik pekebun kecil yang mendapat bantuan tanam semula, tanam baharu dan bantuan integrasi tanaman daripada kerajaan yang dikendalik­an di bawah MPOB.

Dr Kushairi berkata, program ini merupakan inisiatif pengurusan MPOB untuk turun ke peringkat akar umbi berjumpa dan beramah mesra dengan pekebun kecil serta pegawai TUNAS (Tunjuk Ajar Khidmat Sawit) MPOB yang bertindak di barisan hadapan antara MPOB dengan pekebun kecil sawit.

Beliau juga sempat berkongsi ilmu berkaitan penjagaan pokok sawit dengan pekebun kecil sawit yang dilawati.

Antara kebun yang dilawat adalah milik Ong Ah Chye dari Kampung Johan Setia, Klang. Ong merupakan peserta Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK).

Kebun kedua yang turut dilawati adalah milik Reta A/P Lajah dari Pulau Carey, Kuala Langat. Beliau merupakan peserta di kalangan orang asli yang telah menerima bantuan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) pada tahun 2011.

Reta juga merupakan salah seorang peserta Kelompok Minyak Sawit Mampan( SPOC) Kuala Langat yang telah menerima sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Kebun milik Azman Basarudin di Kampung Jenjarom, Kuala Langat adalah kebun terakhir yang dilawat sempena program turun padang tersebut. Azman adalah penerima bantuan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) dan Integrasi Tanaman (ITa).

Selain bekalan anak benih sawit berkualiti, ketiga-tiga pekebun kecil juga menerima bantuan untuk penyediaan tanah atau pembersiha­n kebun, baja tahun pertama dan kedua serta racun rumpai atau perosak di bawah bantuan TSSPK dan TBSPK dengan jumlah keseluruha­n bantuan sebanyak RM7,500 sehektar.

Pekebun kecil juga dibimbing oleh pegawai TUNAS secara terus dari aspek penjagaan sawit dan pengurusan kebun.

 ??  ?? DR.AhmadKusha­iriDinberk­ongsi maklumat berkaitan pengurusan tanaman sawit dengan pekebun kecil.
DR.AhmadKusha­iriDinberk­ongsi maklumat berkaitan pengurusan tanaman sawit dengan pekebun kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia