Utusan Borneo (Sabah)

Interaksi MPOB, MOPNA lihat hala tuju tapak semaian sawit

- Oleh Humaira Mat Taib humaira@mpob.gov.my

BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Persatuan Pengusaha Semaian Sawit Malaysia (MOPNA) mengadakan pertemuan bagi membincang­kan hala tuju berkaitan sektor tapak semaian sawit serta pembanguna­n industri sawit negara, di ibu pejabat MPOB di sini, barubaru ini.

Program ini selaras dengan inisiatif MPOB bertemu dan berinterak­si dengan pihak industri sawit dari pelbagai sektor.

Antara isu yang dibincangk­an semasa pertemuan MPOB, MOPNA adalah berkaitan penguatkua­saan mandatori pensijilan CoPN, lesen tapak semaian sawit, status Skim Bantuan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) dan Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK), penggunaan Sure Sawit Kit, harga biji benih dan proses pengambila­n pekerja asing.

MOPNA diketuai oleh Presidenny­a, Tan Kim Tun dan sembilan ahli jawatankua­sa pengurusan tertinggi persatuan itu. Manakala MPOB diwakili oleh Ketua Pengarah, Dr. Ahmad Kushairi Din dan pegawai kanan.

Interaksi ini menyediaka­n ruang perbincang­an bagi kedua-dua pihak untuk meningkatk­an hubungan dua hala, di samping bertukar maklumat dan pandangan mengenai program dan peraturan yang dilaksanak­an oleh MPOB demi kesejahter­aan industri sawit negara.

Dr. Kushairi berkata, interaksi seumpama ini adalah pendekatan terbaik supaya segala masalah yang dihadapi dapat diselesaik­an dengan segera untuk kebaikan bersama. Di samping itu, pertemuan ini juga dapat menjana idea dan strategi baharu melalui perbincang­an bersama yang sekali gus boleh dipertimba­ngkan oleh MPOB untuk kebaikan industri sawit.

MOPNA berharap MPOB dapat memanjangk­an tempoh kursus berkaitan pengurusan dan penyelengg­araan tapak semaian sawit supaya pengusaha tapak semaian mendapat pendedahan serta pengetahua­n yang secukupnya terutama mengenai peraturan dan panduan pensijilan CoPN bagi mengusahak­an tapak semaian seperti yang ditetapkan oleh MPOB.

MOPNA bersedia untuk bekerjasam­a dengan MPOB bagi menambah baik sektor tapak semaian untuk menjamin kualiti dan kuantiti anak benih sawit yang dibekalkan.

Adalah diharapkan melalui kerjasama MPOB dan MOPNA, ianya meningkatk­an kualiti anak benih sawit terutamany­a yang dibekalkan kepada pekebun kecil penerima skim bantuan MPOB dan seterusnya kesejahter­aan industri sawit negara.

 ??  ?? DR Ahmad Kushairi Din ketika mempengeru­sikan sesi interaksi MPOB dan MOPNA yang dihadiri Presidenny­a, Tan Kim Tun (dua dari kanan).
DR Ahmad Kushairi Din ketika mempengeru­sikan sesi interaksi MPOB dan MOPNA yang dihadiri Presidenny­a, Tan Kim Tun (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia