Utusan Borneo (Sabah)

Santan sawit berpotensi dieksport

- Oleh FadzilGhaz­ali afadzilg@mpob.gov.my

SERI KEMBANGAN: Santan sawit yang dihasilkan dengan teknologi MPOB mempunyai potensi eksport ke negaranega­ra di rantau Asia.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata antara negara yang berpotensi menjadi pembeli santan sawit adalah Indonesia, Brunei, Thailand dan Myanmar.

“Santan antara bahan utama dalam masakan di negara seperti Indonesia, Brunei, Thailand dan Myanmar. Ianya berpotensi untuk dieksport,” kata beliau selepas melawat fasiliti mengeluark­an santan sawit di Premium Food Corporatio­n Sdn Bhd (PFC) di sini barubaru ini.

Turut bersama beliau semasa melawat fasiliti PFC adalah Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Kushairi Din dan Pengarah Urusan PFC, Dato’ Ir. Zainal Bachik.

Premium Food Corporatio­n merupakan syarikat yang telah mengkomers­ialkan teknologi MPOB untuk menghasilk­an santan dengan menggunaka­n minyak sawit olein.

Santan ini turut memiliki kelebihan nutrisi sawit seperti kandungan lemak tepu dan tidak tepu yang seimbang. Ianya juga kaya dengan tokotrieno­l (Vitamin E) yang merupakan sumber antioksida terbaik.

MPOB telah memperkena­lkan santan sawit pada tahun 2000. Tiga teknologi berkaitan dengan penghasila­n santan sawit iaitu Santan Sawit Serbuk, Santan Sawit Cecair dan Santan Sawit PLUS telah dihasilkan oleh MPOB.

Santan Sawit PLUS telah dilancarka­n semasa Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi MPOB 2016.

Selain memiliki kebaikan formulasi produk santan sawit terdahulu, Santan Sawit PLUS boleh disimpan pada suhu bilik dan tahan lebih lama sehingga 10 bulan. Ini menjadikan Santan Sawit P LU S mempunyai prospek yang cerah untuk dijadikan bahan eksport.

Sehingga kini terdapat dua syarikat menggunaka­n teknologi MPOB untuk menghasilk­an santan sawit. Mereka adalah PFC dan FELCRA Sdn Bhd.

Mengimbas kembali kenangan lampau, Nasrun berkata pada suatu ketika dahulu minyak masak Malaysia dimonopoli oleh kelapa.

“Minyak sawit baru ketika itu dan ramai yang tidak tahu mengenainy­a. Kini minyak sawit merupakan minyak masak utama di negara ini,” tambah beliau.

Nasrun yakin fenomena yang sama akan berlaku untuk santan di mana santan sawit akan menjadi pilihan utama di Malaysia dan negara serantau.

 ??  ?? DATUK Datu Nasrun Datu Mansur dan Dr. Ahmad Kushairi Din (kanan) diberi penerangan mengenai penghasila­n santan sawit ketika meninjau fasiliti kepunyaan PFC.
DATUK Datu Nasrun Datu Mansur dan Dr. Ahmad Kushairi Din (kanan) diberi penerangan mengenai penghasila­n santan sawit ketika meninjau fasiliti kepunyaan PFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia