Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Khidmat 1 Komoditi Lahad Datu dilancar

- Oleh Noor Asmawati Abd Samad watie@mpob.gov.my

LAHAD DATU: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC) menubuhkan Pusat Khidmat 1 Komoditi(1CSC) di Bangunan Anjung Getah, Stesen Penyelidik­an MPOB Lahad Datu sebagai langkah menyediaka­n perkhidmat­an dan khidmat nasihat di bawah satu bumbung untuk semua komoditi di bawah kawal selia kementeria­n berkenaan.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, dengan penubuhan 1CSC, pekebun kecil dan penggiat industri yang terlibat dengan tanaman sawit, getah, koko atau lada hanya perlu berurusan dengan satu pejabat untuk merujuk urusan masingmasi­ng.

“Pekebun kecil tidak lagi perlu ke sana, ke sini semata-mata untuk berurusan mengenai tanaman komoditi masing-masing. Dengan 1CSC semuanya berada di bawah satu bumbung dan ini merupakan satu kemudahan untuk pekebun kecil kita,” tambah beliau.

Antara perkhidmat­an yang ditawarkan di 1CSC adalah seperti perkhidmat­an nasihat asas berkenaan semua komoditi, permohonan lesen, permohonan insentif serta bantuan, permohonan latihan dan juga untuk sebarang pertanyaan dan aduan berkenaan sektor komoditi.

Bagi tahun 2016, tiga 1CSC telah diwujudkan iaitu di Sungai Petani Kedah, Kedah; Tawau, Sabah; dan Betong, Sarawak.

“Manakala bagi tahun 2017 pula sebanyak tiga ditubuhkan iaitu 1CSC Teluk Intan, Perak; Jitra, Kedah; dan Lahad Datu, Sabah,” kata beliau di sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Keperluan Latihan Kemahiran Dalam Memperkasa Modal Insan Di Sektor Komoditi Sawit dan Pelancaran Pusat Khidmat 1Komoditi (1CSC) Lahad Datu, di sini.

“Pada masa akan datang, perkhidmat­an 1CSC ini akan dikembangk­an ke pejabat agensi lain di seluruh negara bagi membolehka­n rakyat mudah mendapat akses kepada perkhidmat­an berkaitan semua komoditi di bawah MPIC,” tambah beliau.

 ??  ?? DATUK Datu Nasrun Datu Mansur menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian 1CSC Lahad Datu.
DATUK Datu Nasrun Datu Mansur menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian 1CSC Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia