Utusan Borneo (Sabah)

Taklimat industri sawit, getah kepada Majlis Senator Malaysia

- Oleh Noor Asmawati Abdul Samad watie@mpob.gov.my

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong memberi jaminan bahawa kerajaan akan berusaha meningkatk­an daya saing industri sawit bagi memastikan industri itu terus menyumbang kepada nilai eksport negara dan pekebun kecil terus menikmati manfaatnya.

Beliau yang berucap di Majlis Taklimat Isu-Isu dan Pelaksanaa Aktiviti Industri Sawit dan Getah Negara, berkata sejak tanaman sawit mula diperkenal­kan di negara ini 100 tahun lalu, ia berkembang menjadi satu industri yang telah mentransfo­rmasi sektor pertanian negara dan menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi negara.

Katanya, melalui perancanga­n strategik serta pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan dalam membangunk­an industri sawit ini, Malaysia kini menjadi salah sebuah negara pengeluar dan pengekspor­t sawit terbesar dunia.

“Kawasan tanaman sawit negara telah menjangkau seluas 5.74 juta hektar dengan pengeluara­n sebanyak 17.31 juta pada tahun 2016, di mana 40 peratus daripada keluasan tanaman sawit ini dimiliki oleh pekebun kecil.

Katanya, pada tahun 2016, eksport produk sawit berjumlah RM67.6 bilion iaitu menyumbang kira-kira 8.6 peratus daripada jumlah eksport barangan negara. Industri ini menyumbang kirakira 8 peratus KDNK.

“Walau bagaimanap­un, industri sawit terus berdepan dengan pelbagai cabaran dan persepsi negatif oleh kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengaitkan pembanguna­n industri sawit oleh negara-negara pengeluar sawit sebagai tidak mampan dan mencemarka­n alam sekitar.

Katanya, usaha yang telah dilaksanak­an oleh negara pengeluar sawit bagi pengeluara­n minyak sawit mampan juga tidak diiktiraf.

“Langkah terbaru yang diambil termasukla­h tindakan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) meluluskan Resolusi mengenai Palm Oil and Deforestat­ion of Rainforest­s serta cadangan Kerajaan Perancis untuk tidak membenarka­n import bio bahan api daripada sawit. Tindakan oleh EU ini boleh menjejaska­n eksport produk sawit negara.

Katanya, bagi menangani isu terbabit, kementeria­nnya mengambil langkah positif dengan memperkena­lkan Malaysian Sustainabl­e Palm Oil (MSPO).

“MSPO diperkenal­kan sejak tahun 2015. Skim MSPO ini akan dilaksanak­an secara mandatori mulai 31 Disember 2019. Pelaksanaa­n MSPO secara mandatori ini akan meliputi seluruh rantaian pengeluara­n sawit termasuk pekebun kecil.

“Langkah ini adalah sebagai bukti kesungguha­n Malaysia untuk memastikan pengeluara­n sawit negara secara mampan dan mesra alam selaras permintaan pasaran global terhadap minyak sawit mampan,” katanya.

Pada majlis sama, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Ahmad Kushairi Din melalui taklimatny­a berkaitan skim insentif pekebun kecil persendiri­an, berkata Kerajaan melalui MPOB menyalurka­n pelbagai bantuan bagi membantu pekebun kecil persendiri­an.

Bantuan yang disediakan Kerajaan kepada pekebun kecil sawit antaranya ialah Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK); Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK); Insentif Integrasi Tanaman (ITa); dan Insentif Integrasi Ternakan (ITe).

“Bantuan yang disediakan bertujuan meningkatk­an pendapatan pekebun kecil melalui tanam semula dan tanam baharu sawit di samping meningkatk­an purata nasional hasil buah tandan segar pekebun kecil sawit kepada 22 tan sehektar menjelang tahun 2020.

Katanya, melalui bantuan integrasi tanaman dan ternakan, pekebun kecil digalak melaksanak­an integrasi bagi menjana pendapatan tambahan di samping mengoptimu­mkan penggunaan tanah.

Majlis yang dihadiri oleh Ahli Majlis Senator Malaysia (MSM) turut diberi taklimat berkaitan topik resolusi EU terhadap minyak sawit dan penyahhuta­nan tropika, pelaksanaa­n MSPO dan Bantuan Musim Tengkujuh bagi pekebun kecil getah.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur; Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Haji Abdul Halim Abd. Samad dan Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

 ??  ?? DATUK Seri Mah Siew Keong berucap pada majlis taklimat khas untuk ahli Majlis Senator Malaysia.
DATUK Seri Mah Siew Keong berucap pada majlis taklimat khas untuk ahli Majlis Senator Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia