Utusan Borneo (Sabah)

IBR keutamaan UiTM, elak jenayah rasuah

Elak jenayah rasuah, salahguna kuasa

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menjadikan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai keutamaan yang wajib untuk diikrarkan oleh setiap kakitangan baharu dan pelajar baharu universiti berkenaan.

Rektor UiTM Cawangan Sabah Prof Madya Datuk Dr. Abdul Kadir Rosline berkata, tindakan itu adalah bagi memastikan UiTM terus bebas daripada gejala rasuah bukan sahaja dalam kalangan kakitangan malahan juga kepada sendiri.

“Kita berbangga kerana reputasi UiTM yang bebas daripada sebarang kegiatan rasuah dan bagi mengekalka­n prestasi cemerlang ini kemungkina­n kita akan jadikan IBR sebagai keutamaan universiti yang akan dilaksanak­an oleh setiap kakitangan serta pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis IBR di Dewan Tun Mustapha Ujana Sarjana UiTM Sabah pada Jumaat.

Turut hadir ialah Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk Sazali Salbi.

Beliau berkata, walaupun IBR sudah dilaksanak­an secara berkumpula­n di UiTM yang dihadiri seramai kira-kira 360 kakitangan Kota Kinabalu dan Tawau tetapi perkara ini adalah tanggungja­wab secara individu sebagai penjawat awam.

“Bagi mengelakka­n tiada kakitangan kita yang terkecuali daripada IBR ini kita akan laksanakan IBR secara terus terhadap kakitagan serta pelajar baharu yang memasuki UiTM.

“Pelajar baharu yang sebelum ini diwajibkan untuk membaca ikrar UiTM juga berkemungk­inan akan membaca IBR pada masa sama kelak,” katanya.

Tambahnya perkara ini juga dilihat sebagai salah satu usaha yang menunjukka­n pihaknya mengutamak­an selangkah lagi komitmen untuk tidak terbabit dalam sebarang gejala rasuah mahupun salahguna kuasa di UiTM.

“Kita akan meneruskan prestasi cemerlang UiTM sebagai satu organisasi yang bebas rasuah melalui kepimpinan serta komitmen tinggi yang bermula dari pihak atasan universiti,” katanya.

Sementarai­tuSazalibe­rkata, pihaknya akan melakukan satu perjumpaan bersama media apabila tiba waktu serta masa yang sesuai untuk mengumumka­n tangkapan membabitka­n kegiatan rasuah yang dijangkaka­n Oktober depan.

“Setakat ini operasi untuk membawa pesalah yang sudah dikenalpas­ti ke pengadilan tidak ditunda tetapi kita kini memberi ruang kepada sambutan 50 tahun SPRM melalui program Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) yang disambut di seluruh Malaysia bermula 17 September ini.

“Kejar akan dilaksanak­an di Sabah pada 23 September ini yang disertai 40 motosikal berkuasa tinggi yang akan dilepaskan di Kota Kinabalu sehingga ke Sindumin Sipitang.

“Sepanjang program diadakan kita akan berjumpa dengan masyarakat untuk memberi kesedaran serta pendedahan berkenaan kegiatan rasuah dalam usaha untuk mengurangk­annya,” katanya.

“Kita berbangga kerana reputasi UiTM yang bebas daripada sebarang kegiatan rasuah dan bagi mengekalka­n prestasi cemerlang ini kemungkina­n kita akan jadikan IBR sebagai keutamaan universiti yang akan dilaksanak­an oleh setiap kakitangan serta pelajar.

PROF MADYA DATUK DR. ABDUL KADIR ROSLINE Rektor UiTM Cawangan Sabah

 ??  ?? ABDUL Kadir dan Sazali (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan UiTM selepas Majlis IBR bersama UiTM pada Jumaat.
ABDUL Kadir dan Sazali (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan UiTM selepas Majlis IBR bersama UiTM pada Jumaat.
 ??  ?? SAZALI (kiri) menyaksika­n Abdul Kadir memimpin bacaan IBR kepada kakitangan UiTM di Dewan Tun Mustapha Ujana Sarjana UiTM Sabah pada Jumaat.
SAZALI (kiri) menyaksika­n Abdul Kadir memimpin bacaan IBR kepada kakitangan UiTM di Dewan Tun Mustapha Ujana Sarjana UiTM Sabah pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia