Utusan Borneo (Sabah)

Pekira fokus tangani kos sara hidup rakyat

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) akan memberi fokus dalam menangani kos sarah hidup rakyat.

Presiden Pekira Datuk Mohd Rdzuan Abdullah berkata, parti itu akan mengadakan pelbagai program seperti kursus penerangan usahawan, pinjaman kewangan, geran dan sebagainya.

“Kita akan serap sudut perniagaan ini melalui Richmind Group untuk memastikan setiap keluarga dapat mewujudkan sekurang-kurangnya seorang usahawan.

Ini bagi membantu menangani kos sara hidup keluarga dan meningkatk­an taraf ekonomi setiap keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis program usahawan affiliate Richmind Group dan majlis perasmian Pekira negeri Sabah, di Wisma Wanita, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) di sini pada Jumaat.

“Parti Pekira tak ada masa nak bantai pemimpin politik... tak ada masa kat situ. Kita nak buang masa kat rakyat di mana kita nak pastikan ahli-ahli Pekira dari segi pembanguna­n dari sudut ekonomi.

Di mana kita lihat Perdana Menteri (PM) hari ini telah beberapa kali datang ke Sabah memberi fokus kepada lebuh raya, membesarka­n lebuh raya dan sebaganya ,” katanya.

Katanya, lebuh raya ni sudah tentu akan mewujudkan peluang-peluang perniagaan kepada para usahawan di Sabah.

“Maka Pekira akan pastikan tidak mahu rakyat Sabah tertipu dengan parti-parti baru muncul seperti Warisan di mana mereka meputar belit isu untuk perdaya rakyat Sabah.

Padahal Kerajaan Pusat telah menyalurka­n berbilion ringgit ke negeri Sabah untuk pembanguna­n, ekonomi dan membantu usahawan.

Maka dengan kehadiran Pekira, kita akan selari dengan sokongan daripada Perdana Menteri dan memastikan rakyat Sabah khususnya usahawan dan usahawan kecil tak kira perniagaan di rumah, tepi jalan industri dan sebagainya kita akan fokus kepada golongan ini,” katanya.

Mohd Rdzuan berkata, Pekira juga akan mengedarka­n borang kaji selidik dan perlu diisi oleh usahawan.

“Jangan simpan dakat hati mereka perlu dedahkan apa yang mereka nak, perlukan, masalah.. teranggkan dalam borang kaji selidik,” katanya.

Katanya, borang kaji selidik ini akan diserahkan kepada pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Sabah dan salinan kepada Perdana Menteri untuk makluman dan tindakan.

Beliau berkata, setakat ini Pekira negeri Sabah menerima kira-kira 1,000 orang keahlian, dan yakin dalam tempoh dua atau tiga hari keahlian akan mencecah seramai 4,000 orang untuk mencapai sasaran 5,000 orang keahlian.

“Esok, kita akan menjelajah ke Sandakan dan Tawau untuk memenuhi permintaan rakyat di sana yang ingin menjadi ahli kerana misi utama kita adalah untuk menyelesai masalah rakyat. Lepas itu kita akan ke Kuching pada 18 hingga 20 September,” katanya.

Ridzuan berkata, Pekira merupakan sebuah parti politik yang baru ditubuhkan dan menjadi penyokong Barisan Nasional (BN) atau Pro-BN.

Katanya, parti itu sudah menubuh jawatankua­snya di Sabah dan setakat kira-kira 15,000 ahli di seluruh negara.

Parti itu juga berhasrat untuk meletak sekurang-kurangnya dua calon pada pilihan raya umum akan datang di Sabah.

Turut hadir Pengarah Urusan Richmind Group Dato’ Mohd Arif Dr Hj Che Hamat dan Pengerusi Pekira Negeri Sabah Mohd Safrie Gomboh Abdullah.

 ??  ?? MOHD Ridzuan, Mohd Arif dan Mohd Safrie bersama ahli-ahli Pekiramela­unkan `Hidup BN’.
MOHD Ridzuan, Mohd Arif dan Mohd Safrie bersama ahli-ahli Pekiramela­unkan `Hidup BN’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia