Utusan Borneo (Sabah)

Projek tenaga solar 2MW mula beroperasi

-

KUDAT:Fasa pertama projek penjanaan tenaga solar berkapasit­i 2 megawatt (MW) di Lausan, dekat sini telah siap dan mula beroperasi pada Jumaat.

MenteriTen­aga,Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Loji Jana Kuasa Solar 2MW itu adalah sebahagian daripada 50MW sedang dilaksanak­an di Sabah.

“Bakinya sebanyak 48MW adalah disasarkan untuk mencapai Tarikh Operasi Komersial (COD) awal tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran loji janakuasa solar Lausan pada Jumaat.

2MW daripada 50MW tenaga solar yang dibangunka­n oleh Tadau Energy Sdn Bhd itu akan disalurkan kepada Kudat Grid manakala selebihnya sebanyak 48MW akan disuntik ke dalam talian penghantar­an untuk diagihkan ke seluruh Sabah.

Ongkili berkata daerah Kudat yang terletak di utara Sabah, kira-kira 190 kilometer dari Kota Kinabalu, sangat sesuai untuk menjadi pusat tenaga boleh diperbahar­ui kerana kawasan itu menerima sinaranmat­ahariterti­nggidan sentiasa cerah membuatkan ia sesuai untuk penjanaan tenaga solar.

Beliau berkata selain pembanguna­n tenaga solar, pihak kementeria­n bakal membangunk­an projek tenaga angin di Kudat.

“Kudat juga mempunyai potensi yang tinggi dalam pembanguna­n tenaga angin dandijangk­amampumenj­ana lebih 300MW. Namun kajian secara terperinci mengenai projek itu perlu dilakukan sebelum ia dilaksanak­an,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia