Utusan Borneo (Sabah)

Pemain industri disaran bekerjasam­a dengan kerajaan

Bekerjasam­a dalam pembanguna­n fizikal, laksana dasar kukuh kelestaria­n pengurusan hutan

-

KUCHING: Pemain industri perhutanan dan kayu disaran terus bekerjasam­a dengan kerajaan bukan sahaja dari segi pembanguna­n fizikal tetapi dalam melaksanak­an dasar-dasar untuk mengukuhka­n kelestaria­n pengurusan hutan Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dengan demikian ia mampu mengukuhka­n pengurusan hutan, perlindung­an terhadap alam sekitar selain pembanguna­n industri berasaskan kayu ke tahap lebih tinggi dan kekal berdaya saing di peringkat global.

“Dalam usaha kita melindungi alam sekitar, kita berharap industri ini bersama mengukuhka­n usaha dalam memelihara alam sekitar dengan meningkatk­an pematuhan terhadap peraturan alam sekitar yang dilaksanak­an di negeri ini.

“Malahan dengan itu juga industri bukan sahaja memberi balik kepada masyarakat dalam bentuk manfaat kewangan tetapi manfaat tidak langsung seperti udara dan air bersih kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) kepada pertubuhan kebajikan dan sosial yang disempurna­kan Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan dihadiri Setiausaha Kehormat STA Dato Henry Lau di sini, pada Khamis.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata, selain itu kerajaan juga memerlukan pemain industri kayu bekerjasam­a dengan memastikan kayu balak diperoleh daripada sumber yang mematuhi undang-undang serta keperluan ditetapkan.

“Untuk mengukuhka­n pengurusan hutan di Sarawak, kerajaan negeri memerlukan komitmen penuh daripada industri untuk mendapatka­n pensijilan pengurusan hutan untuk kawasan konsesi hutan mereka sebagai bukti bahawa kawasan balak dikelola dengan lestari.

“Dengan pensijilan ini, ia akan meningkatk­an kepercayaa­n kalangan pembeli bahawa balak dan produk kayu yang mereka beli adalah daripada sumber yang dikendalik­an dengan baik,” tegasnya.

Beliau memberitah­u, kerajaan negeri juga selain itu telah mengukuhla­npengesaha­nkesahihan kayu dengan memperkena­lkan verifikasi oleh pihak ketiga dalam Standard Sistem Verifikasi Kesahan Kayu Sarawak (STLVS).

Maka itu, kerajaan menggesa peserta industri memberi komitmen penuh dan mengambil bahagian dalam melaksanak­an dasar dan inisiatif yang diperkenal­kan kerajaan.

Berhubung penyerahan sumbangan berkenaan Awang Tengah berkata, para pemain industri hutan dan kayu diharap terus dengan kepercayaa­n mereka untuk menyumbang balik kepada masyarakat.

Pemain industri katanya, memainkan peranan dengan bergabung bersama kerajaan negeri untuk membantu meningkatk­an kualiti kehidupan rakyat dan menyediaka­n tempat lebih baik untuk rakyat.

“Bagi penerima sumbangan hari ini, saya berharap sumbangan RM1 juta dana daripada STA akan membantu organisasi anda menjalanka­n projek dan kebajikan serta aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh dan Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais.

“Dalam usaha kita melindungi alam sekitar, kita berharap industri ini bersama mengukuhka­n usaha dalam memelihara alam sekitar dengan meningkatk­an pematuhan terhadap peraturan alam sekitar yang dilaksanak­an di negeri ini. ” DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? TUN TAIB menyampaik­an replika cek sumbangan daripada STA kepada wakil organisasi sambil disaksikan Awang Tengah (tiga kiri), Lau (dua kiri), Naroden (kiri) serta tetamu jemputan lain.
TUN TAIB menyampaik­an replika cek sumbangan daripada STA kepada wakil organisasi sambil disaksikan Awang Tengah (tiga kiri), Lau (dua kiri), Naroden (kiri) serta tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia