Utusan Borneo (Sabah)

450 murid SK Luyang jayakan Larian Jogaton Hari Kebangsaan 2017

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kira-kira 450 murid Sekolah Rendah (SK) Luyang menjayakan Program Larian Jogaton Hari Kebangsaan peringkat sekolah yang diadakan di sini pada awal pagi Jumaat.

Larian melibatkan sejauh dua kilometer (KM) itu dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Luyang dengan kerjasama Pergerakan Puteri Umno Negeri Sabah.

Majlis pelepasan peserta disempurna­kan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno merangkap Timbalan Pengerusi Safoda Negeri Sabah Normalah Rasik.

Jelas Normalah, program seumpama itu mampu menyuburka­n semangat kesukanan dalam kalangan murid.

“Inilah saranan kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan yang mahu memupuk semangat kesukanan dalam diri murid.

“Kita mahu melahirkan modal insan yang seimbang iaitu bukan hanyacemer­langdarise­giakademik, tetapi juga dari aspek lain termasuk kokurikulu­m,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan yang masuk tahun kedua penganjura­nnya.

Pada masa sama, beliau juga sempat menyaranka­n ibu bapa murid supaya sentiasa mengawasi kegiatan anak masing-masing.

Katanya, tanggungja­wab berkenaan bukan hanya terletak kepada guru semata-mata tetapi perlu digalas bersama ibu bapa murid.

“Ibu bapa perlulah mengawasi anak masing- masing ketika mereka pergi dan selepas balik dari sekolah.

“Macam-macam kegiatan yang tidak bermanfaat berlaku dalam kalangan murid masa kini seperti membuli, menagih dadah dan sebagainya. Jadi, kita tidak mahukan kejadian tidak diingini itu terus berlaku,” jelasnya.

Turut hadir Guru Besar SK Luyang Vejayabala­n Subramania­m dan Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Luyang Zainuddin S Mohd Ibrahim.

 ??  ?? TETAMU kehormat bersama peserta larian sedang menyertai senamrobik sebelum memulakan larian.
TETAMU kehormat bersama peserta larian sedang menyertai senamrobik sebelum memulakan larian.
 ??  ?? NORMALAH (empat, kiri) menyempurn­akan pelepasan peserta Larian Jogaton Hari Kebangsaan peringkat sekolah.
NORMALAH (empat, kiri) menyempurn­akan pelepasan peserta Larian Jogaton Hari Kebangsaan peringkat sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia