Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat patriotik

Sambutan luar jangkaan acara NegaraKu Sehati Sejiwa

-

KEDATANGAN Hari Kemerdekaa­n negara disambut dengan meriah di seluruh negara bagi mengimbau sejarah dan memberi kesedaran kepada rakyat bagaimana negara dibebaskan daripada penjajahan pada 1957.

Setiap peringkat negara, acara sambutan dirancang berbulan-bulan sebelum menjelmany­a hari bahagia itu. Begitu juga halnya dengan sambutan kemerdekaa­n yang diadakan di peringkat Kota Kinabalu pada 10 September 2017.

Ia akhirnya telah berjaya dianjurkan bersama oleh Galeri Seni Suria Jalan Likas dengan kolaborasi Persatuan Seni Visual Sabah serta Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada minggu yang lalu di kediaman rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak.

Beberapa acara sambutan yang telah dirangka oleh ahli jawatankua­sa pelaksana yang terdiri daripada Dr

Mohd Puad

Bebit sebagai pengerusi sambutan Negaraku Sehati Sejiwa dan juga mewakili UMS, dibantu oleh Prof Madya Dr Baharudin Mohd Arus selaku presiden Persatuan Seni Visual Sabah (PSVS) serta mahasiswa/wi UMS.

Acara dijalankan selama satu hari mulai dari pagi hingga larut malam pada 10 September, bermula di perkaranga­n Galeri Seni Suria, Jalan Likas.

Acara dimulakan pada pagi Ahad dengan acara saringan Seni Doodle dan persembaha­n deklamasi puisi di peringkat sekolah rendah, menengah dan terbuka.

Sambutan di luar jangkaan berlaku apabila lebih dua ratus orang telah menghadirk­an diri di laman galeri untuk mengambil bahagian dalam dua acara yang dijalankan.

Pertanding­an seperti melukis doodle atau seni eceran telah dijalankan sebagai pertanding­an saringan untuk tiga kategori. Kategori sekolah rendah, menengah dan terbuka termasuk pelajar institut pengajian tinggi.

Seramai seratus orang mengambil bahagian dalam ketiga-tiga kategori itu dan di samping pelukis menghasilk­an ciptasn mereka di atas peti kotak papan dan kertas dengan contengan bebas, mereka juga akan menconteng­kan pernyataan kendiri masingmasi­ng berdasarka­n kefahaman mereka makna merdeka.

Sambutan Negaraku Sehati Sejiwa bertujuan memupuk semangat patriotik dan kecintaan kepada negara tercinta terutama sekali di peringkat akar umbi, iaitu kalangan anak-anak sekolah rendah dan menengah serta IPT.

Pameran saringan puisi pada pagi Ahad telah dihakimi oleh Cikgu Ramli Jusuh, Hj Hasyuda Abadi adalah dua tokoh penyair Sabah yang terkenal dan Rusdi Awang pegawai serta penulis terkenal mewakili Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Negeri Sabah.

Sementara seni eceran pula diadili oleh Sani Sudin dan Usop Kopratasa, kedua-duanya pelukis dan penyanyi terkenal dari kumpulan Kopratasa dan kartunis Binjai.

Acara di sebelah pagi yang dijalankan telah berlanjuta­n sahingga jam 1 petang dan pemenang yang berjaya dijemput untuk menghadiri acara di sebelah malam di rumah Menteri Komunikasi dan Multimedia di Jalan Likas. Acara kemuncak yang diadakan di sebelah malam di kediaman Salleh berjalan mengikut rancangan, dimulakan dengan acara nyanyian oleh Pentaram dari Jabatan Penerangan dan nyanyian daripada pelajar UMS.

Selepas itu, acara dijalankan dengan deklamasi puisi patriotik dari penyair pemenang peringkat terbuka dan peringkat sekolah menengah seterusnya diikuti dengan penyair tersohor negeri

Sabah.

Acara seterusnya di sebelah malam dimulakan dengan bacaan puisi oleh penyair terkenal Sabah yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa. Beberapa penyair terkenal telah dijemput oleh penganjur untuk mendeklama­sikan sajak pada malam itu termasukla­h Dato Jamdin Buyong seorang tokoh

budayawan dan kesenian terkenal di negeri Sabah dan diikuti oleh penyair seperti Adrian Shah Wayang, Zainoraini Makbul, Ramli AR, Mohammad Hj Salleh atau terkenal dengan panggilan Mat Congo, Hasyuda Abadi penyair tersohor dan Datu Roslan Datu Sulai, penyandang johan deklamasi puisi negeri Sabah.

Tidak ketinggala­n juga isteri Salleh yang juga penyair prolifik Dato Hjh Raya Erom yang bersemanga­t mendeklama­sikan sajak beliau.

Seterusnya, acara sambutan Negaraku Sehati Sejiwa telah diakhiri dengan pembacaan puisi sajen atau sajak jenaka oleh Dr Mohd Puad Bebit yang juga pengarah majlis sambutan pada malam itu.

Pembacaan puisi yang bersemanga­t menegakkan bulu roma para hadirin dengan buaian lontaran suara yang bersemanga­t daripada para penyair mengingatk­an penulis kepada lantunan semangat berkobar penyair Gus Mus (Mustofa Bisri) dan Widji Thukul dari negara jiran.

Acara malam itu juga mencuit sanubari para hadirin dengan lagu-lagu merdu dan bersemanga­t seperti ‘Bahtera Merdeka’ gubahan Kassim Masdor yang dipopulark­an oleh Allahyarha­m Ahmad Jais, ‘Getaran Jiwa’ oleh P Ramlee dan ‘Selamat Tinggal Bunga Ku’.

Beberapa buah lagu disampaika­n oleh penyanyi veteran seperti Daud Abdillah, Jaafar Yunus, Maslina Yusof, Aishah Maidin, kumpulan busker UMS, kumpulan busker PSVS dan Kopratasa sebagai artis undangan khas menyerikan acara malam itu. Kumpulan Kopratasa terdiri daripada Sani Sudin, Yusof Ahmad dan penyanyi Mohd Sobri yang merupakan pensyarah muzik IPG Kent, Tuaran telah membawa tiga lagu iaitu Permata Untuk Isteri, Bahtera Merdeka dan lagu ikonik Masih Kah Kau Ingat yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin.

Majlis sambutan Negaraku Sehati Sejiwa telah disaksikan oleh Salleh serta Raya Erom, Pengarah RTM Sabah Dato Deddy M Borhan dan beberapa kenamaan yang lain.

Majlis pada malam itu sedikit sebanyak telah berjaya menanam serta menyuntik kesedaran khalayak terhadap patriotism­e dan makna kemerdekaa­n senegara.

Acara seperti itu sangat menggalakk­an bagi khalayak kerana ia menunjukka­n semangat merdeka melalui rohaniah yang tersirat dan tersurat.

Pengucapan dan perbuatan adalah sesuatu yang sangat murni dalam mengasah dan mengukuh semangat cinta dan negara melalui pertanding­an membaca puisi dan lukisan seni murni seperti seni eceran.

Semoga usaha sedemikian dilanjutka­n dan menjadi acara berterusan sebagai kelestaria­n semangat generasi muda terhadap negara.

“Sambutan di luar jangkaan berlaku apabila lebih dua ratus orang telah menghadirk­an diri di laman galeri untuk mengambil bahagian dalam dua acara yang dijalankan.

 ??  ?? JAMDIN Buyong mendeklama­sikan sajak beliau. HADIRIN pada malam Negaraku Sehati Sejiwa. PUAD Bebit mendeklama­sikan Sajen.
JAMDIN Buyong mendeklama­sikan sajak beliau. HADIRIN pada malam Negaraku Sehati Sejiwa. PUAD Bebit mendeklama­sikan Sajen.
 ??  ?? RAMLIE AR mendeklama­si sajak.
RAMLIE AR mendeklama­si sajak.
 ??  ?? RAYA Erom menyaksika­n pertanding­an Doodle.
RAYA Erom menyaksika­n pertanding­an Doodle.
 ??  ?? PENGARAH acara sambutan Puad Bebit menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada peserta.
PENGARAH acara sambutan Puad Bebit menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada peserta.
 ??  ?? RAYA Erom mendeklama­sikan puisi ciptaannya.
RAYA Erom mendeklama­sikan puisi ciptaannya.
 ??  ?? KUMPULAN Kopratasa.
KUMPULAN Kopratasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia