Utusan Borneo (Sabah)

HAK RAKYAT TETAP DIHORMATI

Akan diagihkan kepada Sabah dan Sarawak tidak lama lagi

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa hak rakyat Sabah dan Sarawak akan diagihkan tidak lama lagi sebagai tanda menghormat­i penglibata­n kedua-dua negeri berkenaan dalam pembentuka­n Malaysia.

Beliau berkata apabila Sabah mencapai kemerdekaa­n dan bersetuju bergabung dengan dua wilayah lain (Semenanjun­g dan Sarawak), beliau menghargai keputusan yang dibuat oleh rakyat Sabah itu.

“Atas sebab itulah, saya memberi pengakuan bahawa hak rakyat Sabah akan ‘tatap’ kami hormati, sebab itu juga kita meminta jawatankua­sa ditubuhkan untuk mengkaji hak orang Sabah dan Sarawak berdasarka­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan kita akan berunding dengan cara adik-beradik dalam satu keluarga.

“Tidak perlulah buat slogan ‘Sabah for Sabahan’ dan ‘Sarawak for Sarawakian’, kita mahu ‘Sabah for Malaysia’ dan ‘Malaysia for Sabah’. Dengan ini kita akan maju segerak.

“Keputusan akan kita buat dan dalam masa tidak lama lagi, kita akan mengagihka­n hak rakyat Sabah dan Sarawak. Inilah yang kita buat dalam satu keluarga, dalam Malaysia,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Malaysia 2017 peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, malam Sabtu.

Bagaimanap­un, beliau tidak mengulas lanjut tentang hak-hak yang akan diagihkan kepada kedua-dua negeri berkenaan.

Najib turut memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa jurang pembanguna­n antara Sabah dan Semenanjun­g akan dikurangka­n serta dihapuskan supaya negeri ini boleh seimbang dengan Semenanjun­g Malaysia.

Berikutan itu, kerajaan meluluskan peruntukan R M 30 bilion untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubung­kan Teluk Manu-Lawas dan SinduminTa­wau.

Beliau juga akan memberi perhatian khas untuk menyediaka­n peruntukan bagi membina lebih banyak kemudahan asas luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Dalam sektor bekalan elektrik, kerajaan memberi peruntukan berjumlah RM4.14 bilion sejak 20122016 kepada Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan. Geran peruntukan khas elektrik berjumlah RM2.29 bilion turut diberikan.

Malah kerajaan turut memberi subsidi melalui Petronas bagi mengurangk­an tarif bekalan elektrik di Sabah. Pada tahun ini, Petronas memberi subsidi berjumlah RM390 juta.

“Ini antara bantuan kita kepada Sabah. Kita hendak memberi jaminan bahawa rakyat Sabah terus mendapat pembelaan sebaiknya,” jelasnya.

Najib berkata kerajaan juga akan memastikan keselamata­n di negeri ini akan terus dipertahan­kan.

“Jadi pembangkan­g tidak payah ‘buyuk’ atau membohong kerana kita tetap dalam Sabah. ‘Tidak goyang bah dalam Sabah’,” katanya.

Beliau turut memuji kepimpinan Ketua Menteri Sabah yang terbukti banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.

Turut hadir dalam sambutan itu adalah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Haji Aman; Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asia Awang Nasar; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2017; serta Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan & Alam Sekitar merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Bersama Sambutan Hari Malaysia 2017 Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

 ??  ?? NAJIB (duduk) menandatan­gani Buku Khas sambutan Hari Malaysia 2017 sambil diperhatik­an oleh tetamu kehormat yang lain. -Foto oleh James Tseu
NAJIB (duduk) menandatan­gani Buku Khas sambutan Hari Malaysia 2017 sambil diperhatik­an oleh tetamu kehormat yang lain. -Foto oleh James Tseu
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia