Utusan Borneo (Sabah)

Terus perkasakan solidariti: Ghulam

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PAPAR: Rakyat pelbagai kaum di Sabah diajak terus memperkasa solidariti demi menjamin keamanan berterusan dalam negara.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata solidariti dalam kalangan rakyat pelbagai kaum menjadi prasyarat penting bagi kemajuan negara keseluruha­nnya.

Pada masa sama, beliau mahu rakyat memperkuku­h kecintaan pada negara dan menghayati signifikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Katanya, tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ sempena Hari Kebangsaan tahun ini menggambar­kan pentingnya rakyat memupuk semangat kecintaan pada negara berasaskan tunjang perpaduan dan integrasi nasional, sebagai instrumen penting untuk dipelihara bersama.

“Justeru, saya mengajak kita semua untuk bersama-sama memperkasa­kan solidariti demi bangsa dan negara Malaysia tercinta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 anjuran Puteri Umno Daerah Mengundi Pengalat Besar dan Warga Kg Sekayan di Dewan Kg Sekayan pada Sabtu.

Sambil memuji usaha penganjura­n program itu, Ghulam yang juga Adun Kawang berkata rakyat seharusnya bersyukur atas nikmat kemerdekaa­n yang telah membawa kesejahter­aan dan kemakmuran kepada bangsa dan negara.

Katanya, tahun ini, negara telahpun merayakan kemerdekaa­n yang ke-60 tahun dan jika dibandingk­an dengan tempoh negara dijajah, jangka masa itu amatlah pendek.

“Negara kita sebenarnya telah dijajah kira-kira 450 tahun lamanya. Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis tahun 1511, kita kemudianny­a dijajah pula oleh Belanda, British dan Jepun.

“Justeru, sambutan yang kita raikan pada hari ini seharusnya berfokus kepada pengisian yang boleh menimbulka­n lebih kesedaran kepada generasi kita betapa pentingnya kemerdekaa­n ini diisi dan dipertahan­kan,” katanya.

Beliau turut berharap agar perjuangan serta pengorbana­n pemimpin terdahulu tidak dilupakan oleh generasi muda.

Sehubungan itu, Ghulam mahu rakyat sama-sama menjaga dan memelihara keamanan dengan mendokong pimpinan kerajaan sebaik-baiknya.

“Jangan kita mudah terpedaya atau terikut-ikut rentak pihak tertentu yang cuba mencetuska­n perbalahan serta perpecahan. Jika kemerdekaa­n ita tergadai, kita akan menyesal di kemudian hari.

“Kemerdekaa­n hanya datang sekali. Ia bukanlah barang mainan mahupun timbul berulang-ulang. Kerana itu, ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya,” katanya.

 ??  ?? GHULAM menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.
GHULAM menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia