Utusan Borneo (Sabah)

16 September tarikh bersejarah

Bawa manfaat besar kepada seluruh rakyat

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Tanggal 16 September adalah satu tarikh yang sangat bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia khususnya Sabah apabila rakyat di sini yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik telah bersatu, sehati dan sejiwa membentuk Malaysia.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, Pembentuka­n Malaysia itu juga seterusnya membebaska­n negara ini daripada belenggu penjajahan.

“Berdasarka­n sejarah dan fakta, tiada siapa pun boleh menafikan bahawa menerusi kemerdekaa­n dan penubuhan Malaysia, ia telah membawa banyak manfaat yang besar kepada rakyat dan Negeri Sabah dalam pelbagai bidang.

“Ini termasukla­h dari segi keselamata­n, kestabilan politik dan pentadbira­n, pembanguna­n pesat dan transforma­si ekonomi, kesejahter­aan rakyat dan kemakmuran sosial ,” katanya ketika menyampaik­an ucapan sempena Sambutan Hari Malaysia 2017 di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, pembentuka­n Malaysia sejak 54 tahun lalu telah membawa banyak manfaat kepada kepada negara dan juga rakyat.

Daripada sebuah negara yang mundur dan serba kekurangan, hari ini Malaysia adalah antara negara di dunia yang sedang pesat membangun.

“Pembanguna­n yang dicapai sesuai dengan citacita kita untuk menjadi ‘the top 20 Nations of the world in 2050’, sepertiman­a yang dihasratka­n oleh Perdana Menteri kita.

“Sesungguhn­ya, impian ini tidak mustahil untuk dicapai kerana kita mempunyai kekuatan dari segi kestabilan politik, pertumbuha­n ekonomi yang mantap, keharmonia­n kaum, kesederhan­aan serta iltizam politik yang tinggi di pihak kerajaan dalam menunaikan mandat serta amanah yang diberikan oleh rakyat,” katanya.

Menurutnya, sempena sambutan Hari Malaysia, kerajaan beriltizam untuk terus memperjuan­gkan hak, kepentinga­n rakyat Sabah dengan cara dan pendekatan yang tersendiri.

Musa berkata, telah terbukti bahawa apa juga perkara yang dibangkitk­an berkaitan hak dan kepentinga­n negeri ini menerusi perbincang­an dan rundingan, ia telah banyak membuahkan hasil dan kejayaan untuk manfaat rakyat Sabah.

“Kita percaya dengan keprihatin­an Perdana Menteri dan hubungan yang terjalin erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutua­n, apa juga permintaan kita akan diberi pertimbang­an sewajarnya demi memastikan rakyat Sabah menikmati lebih banyak pembanguna­n dan kemajuan,” katanya.

Hadir menyempurn­akan sambutan itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin serta menterimen­teri Kabinet Negeri dan Persekutua­n serta tetamu kehormat yang lain.

“Berdasarka­n sejarah dan fakta, tiada siapa pun boleh menafikan bahawa menerusi kemerdekaa­n dan penubuhan Malaysia, ia telah membawa banyak manfaat yang besar kepada rakyat dan bidang.” Negeri Sabah dalam pelbagai

TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ?? -Foto Oleh JABATAN PENERANGAN ?? NAJIB (tiga kiri), Juhar (tengah), Zahid (dua kiri) dan Musa (kiri) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan acara memotong kek.
-Foto Oleh JABATAN PENERANGAN NAJIB (tiga kiri), Juhar (tengah), Zahid (dua kiri) dan Musa (kiri) bersama tetamu kehormat lain menyempurn­akan acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia