Utusan Borneo (Sabah)

Syukuri nikmat keamanan: Sapawi

-

SIPITANG: Rakyat di negara ini harus mensyukuri nikmat keamanan yang lahir daripada kepimpinan yang bijaksana.

Ahli Parlimen Sipitang yang juga Pengerusi Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata kepimpinan itu telah berjaya menggerakk­an kemerdekaa­n sejak Perdana Menteri yang pertama hingga kini.

Malah, katanya, kelangsung­an kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara global telah diiktiraf di peringkat antarabang­sa sekian lama.

“Malaysia dikagumi dunia kerana kepimpinan yang berupaya menggerakk­an masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya hidup bersatu padu serta harmoni.

“Kesatuan itu pula menjadi asas paling kukuh dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan sebagainya.

“Ia bukan sahaja mengenai penggabung­an tiga wilayah, tetapi menyatukan sekurangku­rangnya 37 etnik di negara ini yang hidup aman damai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 Peringkat Daerah di Esplanade Sipitang pada Ahad.

Pada program berkenaan, Sapawi ditemani Ketua Pemuda Umno Bahagian Sipitang Yamani Hafez Musa, Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat dan Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Sipitang Matbali Musah menyertai aktiviti fizikal zumba bersama masyarakat setempat.

Beliau kemudianny­a menyambut ketibaan konvoi berbasikal dari Mesapol yang disertai lebih 50 basikal dan konvoi 60 motosikal berkuasa tinggi.

Sapawi turut menyampaik­an saguhati kepada 66 pelajar daripada tiga buah kelas iaitu Tabika Tanjung Pagar, Tabika Pekan Sipitang dan Tabika Kampung Laparan yang menyertai pertanding­an mewarna.

Beliau juga sempat memberi kata-kata semangat kepada para atlet sukan takraw yang mewakili yang akan beraksi pada temasya Sukan Sabah (SAGA) akan datang.

 ??  ?? SAPAWI (tiga dari kiri) dan Yamani Hafez (empat dari kiri) menyambut ketibaa konvoi bermotosik­al di Esplanade Sipitang.
SAPAWI (tiga dari kiri) dan Yamani Hafez (empat dari kiri) menyambut ketibaa konvoi bermotosik­al di Esplanade Sipitang.
 ??  ?? YAMANI Hafez (empat dari kiri) dan Sapawi bersama para peserta larian.
YAMANI Hafez (empat dari kiri) dan Sapawi bersama para peserta larian.
 ??  ?? SAPAWI (kanan) dan Yamani Hafez ketika menyampaik­an saguhati kepada 66 peserta pertanding­an mewarna kanak-kanak.
SAPAWI (kanan) dan Yamani Hafez ketika menyampaik­an saguhati kepada 66 peserta pertanding­an mewarna kanak-kanak.
 ??  ?? SAPAWI (dua dari kiri) menyertai senam zumba.
SAPAWI (dua dari kiri) menyertai senam zumba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia