Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk alu-alukan naik taraf landasan kereta api

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Bekas calon kawasan Melalap pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Roger Stimin mengalu-alukan langkah kerajaan Persekutua­n meluluskan peruntukan sejumlah RM101 juta untuk menaiktara­f landasan kereta api dari Halogilat-Beaufort ke Tenom.

“Ini satu berita gembira bagi penduduk Tenom, Kemabong dan daerah-daerah di pedalaman yang boleh memberi impak baik dalam meningkatk­an kedatangan pelancong domestik dan luar negara ke daerah ini,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, sudah tiba masanya bagi kerajaan merealisas­ikan hasrat dan niat murni mereka untuk menaiktara­f perkhidmat­an kereta api termasuk landasan yang pernah mereka janjikan kepada masyarakat di sini dalam beberapa pilihan raya lalu namun belum kesampaian.

Roger mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang dilaporkan oleh akhbar ini baru-baru ini, yang cukup melegakan penduduk persekitar­an pedalaman khususnya pengguna perkhidmat­an kereta api Tenom ke Beaufort.

Dalam kenyataann­ya, Pairin berkata kerajaan Persekutua­n telah meluluskan peruntukan itu bagi pelaksanaa­n tiga projek berkaitan perkhidmat­an kereta api di negeri ini merangkumi pembelian tiga Lokomotif Unit Diesel Pelbagai (DMU) yang baharu.

Roger berkata, sebagai orang asal kelahiran daerah ini, sudah tentu dia berbangga apabila perkhidmat­an kereta api yang banyak meninggalk­an kesan sejarah dinaik taraf.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, jika sekiranya pembelian itu menjadi kenyataan, adalah diharapkan agar aset itu kelak biarlah yang mempunyai kualiti tinggi.

Beliau difahamkan beberapa minggu lalu terdapat kepincanga­n apabila dikatakan jentera kereta api baharu mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan dari Halogilat ke Beaufort.

Selain itu, keretapi itu juga pernah mengalami sedikit masalah teknikal apabila tergelinci­r dari landasan di kawasan antara Rayoh dan Pangi, yang mana ia juga akan membantut usaha kerajaan mempromosi­kan kereta api baharu itu sebagai pilihan utama pengguna.

“Sekiranya kerajaan dapat memodenkan sistem pengangkut­an awam di Kuala Lumpur dengan berbelanja berbilion ringgit bagi Light Rail Transit (LRT) dan Bus Rapid Transit (BRT) semata mata untuk keselesaan awam, mengapa di Sabah tidak dapat dilakukan?” katanya.

Sementara itu, mentor Dewan Perniagaan Tionghua Tenom (TCCC) Kapitan Wong Tet Yun berkata, penduduk di kawasan pedalaman turut sependapat bahawa peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutua­n untuk menaiktara­f perkhidmat­an kereta api sudah lama dinantinan­tikan.

Katanya, pengumuman Pairin mengenainy­a amat bertepatan kerana meskipun ramai yang telah memilih menggunaka­n jalan raya ke Kota Kinabalu tetapi perkhidmat­an kereta api merupakan pilihan utama selepas ia dinaiktara­f.

“Sejak jalan dibina antara Tenom hingga Kota Kinabalu, saya dan keluarga saya tidak pernah menggunaka­n perkhidmat­an kereta api ke Kota Kinabalu.

“Saya sangat berharap projek itu dapat direalisas­ikan tidak lama lagi dan pelaksanaa­n kerja dengan pengawasan yang tepat kerana kereta api yang hanya terdapat di Pulau Borneo ini bukan hanya memainkan peranan dalam industri pelanconga­n tetapi juga dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya.

Wong berkata, kereta api adalah pengangkut­an paling murah dan mudah jika ia diurus dengan baik, dan berharap dalam masa terdekat dia bersama kawan-kawannya boleh menggunaka­n perkhidmat­an kereta api sebagai alternatif untuk perjalanan setelah selesai kerja naiktarafn­ya.

 ??  ?? ROGER
ROGER
 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia