Utusan Borneo (Sabah)

Dasar luar Malaysia adalah jelas dan konsisten: Anifah

-

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata dasar luar Malaysia adalah jelas dan konsisten.

“Malaysia terus mengamalka­n dasar luar yang bebas, berprinsip lagi pragmatik,” kata beliau.

“Pelaksanaa­n dasar luar Malaysia akan terus berpanduka­n kepada prinsip-prinsip menghormat­i kemerdekaa­n, kedaulatan, keutuhan wilayah dan tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain, penyelesai­an pertikaian secara aman, kewujudan bersama dan manfaat bersama dalam hubungan,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad.

Anifah menyangkal beberapa dakwaan yang dibuat oleh anggota Majlis Tertinggi dan Ketua Biro Dasar dan Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Rais Hussin, dalam satu artikel bertajuk ‘All The Glitters is Not Gold in USMalaysia Relationsh­ip’, yang diterbitka­n oleh sebuah portal berita Jumaat lepas.

Hujah pertama Anifah ialah bagi menjawab dakwaan Rais bahawa Malaysia kini berada dalam lingkungan pengaruh China daripada segi komersial dan ketenteraa­n dan pada sebarang minggu, banyak kapal-kapal nelayan China berlegar di sepanjang perairan Semenanjun­g sertra Sabah dan Sarawak.

Anifah berkata sebagai sebuah negara kecil yang banyak bergantung kepada perdaganga­n antarabang­sa dan ketika ancaman terhadap keamanan dan keselamata­n semakin kompleks, Malaysia perlu menjalin hubungan dan bekerjasam­a dengan semua negara di dunia.

Beliau juga berkata peningkata­n aktiviti ekonomi dan pelaburan antara Malaysia dan China adalah hasil daripada globalisas­i dan undang-undang bekalan dan permintaan.

“Begitu juga, peningkata­n aktiviti dalam bidang keselamata­n akan melibatkan kerjasama ketenteraa­n yang lebih erat dan bukan menandakan bahawa Malaysia telah memasuki lingkungan pengaruh China,” kata beliau dan menambah Malaysia menjalin hubungan yang sama dengan kebanyakan negara lain termasuk Amerika Syarikat, Britain, Rusia, Perancis, Australia dan Singapura.

Beliau juga menegaskan bahawa Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalanka­n rondaan dan pemantauan rutin kawasan-kawasan maritim, dan akan menahan mana-mana bot nelayan yang menangkap ikan secara haram.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa bot nelayan China telah dikesan hanya sekali-sekala dan tidak secara mingguan.

Hujah kedua Anifah ialah berkaitan dakwaan Rais bahawa Anifah telah membenarka­n dua buah kapal selam China berlabuh di Kota Kinabalu dan dalam perkembang­an paling baharu, kapal selam tersebut berlabuh sejurus sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu President Donald Trump di White House.

Rais juga membuat andaian bahawa ‘Malaysia kini seakanakan sekutu China’ yang sanggup mengikut telunjuk Beijing dalam setiap perkara dan mempersoal­kan tentang bagaimana hubungan ASMalaysia boleh berfungsi sebagai landasan untuk membina orde maritim antarabang­sa yang lebih kukuh?’

Anifah berkata memang benar kapal perang dan kapal selam China singgah di Kota Kinabalu awal bulan ini dan ini bukan kali pertama kapak-kapal tentera laut China membuat persinggah­an di Kota Kinabalu dan bukan yang terakhir.

Beliau juga berkata kapalkapal perang dari negara lain termasuk Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Perancis juga singgah di pelabuhan pelabuhan di Malaysia termasuk Kota Kinabalu dan akan terus berbuat demikian.

Oleh itu, kata beliau, adalah jelas ia merupakan satu tanggapan yang salah untuk menyatakan bahawa insiden kapal tersebut berlabuh di pelabuhan negara barubaru ini sebagai menandakan Malaysia seakan sekutu China.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia