Utusan Borneo (Sabah)

Program Eksplorasi Pendidikan Pan Borneo 2017 di Kinabatang­an pagi ini

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Politeknik Sandakan Sabah (PSS) akan mengadakan Program Eksplorasi Pendidikan Pan Borneo 2017 di daerah Kinabatang­an pagi ini dan di Kunak esok.

Pegawai Perhubunga­n Awam (PPA) Politeknik Sandakan Alfian Thomas (gambar) berkata program yang bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari (18 September) akan diadakan di Dewan Baris Manik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam 2, Kinabatang­an.

Katanya, perasmian program di Kinabatang­an disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin bagi mewakili Ahli Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin.

Sementara, program sama akan turut diadakan di daerah Kunak bertempat di Dewan Bestari SMK Kunak esok (19 September) dengan pengisian acara yang sama.

Perasmian program di Kunak dijangka disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pembanguan Luar Bandar yang juga Adun Kunak Datuk Haji Nilwan Haji Kabang.

Alfian yang juga pensyarah Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i PSS menjelaska­n, objektif utama program ialah memberi pendedahan kepada para calon SPM dan STPM berkaitan peluang melanjutka­n pelajaran di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Program ini juga mendekati pelajar yang tercicir daripada melanjutka­n pelajaran selepas tamat peringkat sekolah menengah terutama sekali pelajar luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau menambah, taklimat pendidikan dari pihak Politeknik/Kolej Komuniti/ UA/ILKA akan disampaika­n dalam kedua-dua program itu selama dua jam, bermula 8.30 hingga 10.30 pagi, sebelum acara perasmian.

Turut diadakan sempena program itu ialah pameran projek inovasi Politeknik Sandakan dan Kolej Komuniti Sandakan, pameran pendidikan dan kerjaya, disamping pameran dan pemeriksaa­n kesihatan oleh pihak Hospital Daerah Kinabatang­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia