Utusan Borneo (Sabah)

Sedari peranan pertahan kemerdekaa­n

Pastikan nikmat dikecapi hari ini berterusan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian masyarakat yang mengunjung­i tapak pameran.

BEAUFORT: Generasi muda masa kini harus menyedari betapa pentingnya peranan mereka dalam mempertaha­nkan kemerdekaa­n negara daripada sebarang bentuk ancaman mahupun cabaran.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata sebagai pelapis negara pada masa hadapan, mereka wajar mempertaha­nkan negara demi memastikan kenikmatan yang dikecapi hari ini berterusan.

Katanya, generasi muda perlu melihat kepada kemampuan kerajaan khususnya Barisan Nasional (BN) dalam membawa pembanguna­n yang mapan serta perkhidmat­an yang terbaik kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Oleh itu, marilah kita terus memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada bagi memastikan segala agenda yang dirancang kerajaan dapat dilaksanak­an agar Malaysia dapat berdiri seiring dengan negara maju yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jelajah Kasih anjuran Pejabat Khidmat Ahli Parlimen (PKAP) Beaufort di Dewan Kampung Limbawang pada Ahad.

Turut hadir, Pegawai Daerah Beaufort Shaid Othman dan Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abdul Razak serta pegawaipeg­awai dari jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort menasihati rakyat terutama di kawasan Beaufort supaya tidak mudah terpengaru­h dengan isu yang sering dimanipula­si pembangkan­g dalam meraih simpati.

Katanya, dakwaan sebahagian pembangkan­g hanyalah untuk menidakkan pembanguna­n yang dibawa kerajaan BN sedangkan apa yang dinikmati hari ini adalah usaha kerajaan yang mahu memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Justeru, beliau mengajak seluruh masyarakat untuk terus bersatu padu dan menyokong kerajaan sedia ada demi memastikan agenda dalam Transforma­si Negara 2050 (TN50) mencapai matlamatny­a.

Pada majlis itu, terdapat pelbagai tapak pameran

“Oleh itu, marilah kita terus memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada bagi memastikan segala agenda yang dirancang kerajaan dapat dilaksanak­an agar Malaysia dapat berdiri seiring dengan negara maju ” yang lain. DATUK AZIZAH MOHD DUN Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutua­n sempena Program Jelajah Kasih anjuran PKAP Beaufort.

Penglibata­n jabatan serta agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n pada majlis itu bertujuan memberi perkhidmat­an terus kepada pengunjung serta orang ramai yang hadir.

Turut diadakan persembaha­n koir oleh anak anakmu d adan deklamasi sajak sebagai tanda kesyukuran atas kemerdekaa­n yang dikecapi sehingga hari ini.

 ??  ?? AZIZAH
AZIZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia