Utusan Borneo (Sabah)

Belia perlu miliki ketrampila­n diri dan akhlak mulia

-

LAHAD DATU: Golongan belia sebagai pewaris kepimpinan negeri dan negara di masa hadapan perlu memiliki ketrampila­n diri dan akhlak yang mulia, kata Ketua Wanita Umno Bahagian Silam Mizma Appehdulla­h.

Katanya, golongan belia juga perlu memiliki pendidikan yang baik dan berkemahir­an bagi membangun jatidiri.

“Mereka perlu memainkan peranan secara langsung dalam mencorak masa depan pembanguna­n dan kemajuan negeri dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ke-2 Terokai Lahad Datu anjuran Persatuan Hikers Lahad Datu sempena sambutan Hari Malaysia 2017.

Seramai 117 belia menyertai program itu yang merupakan pengisian sempena sambutan Hari Malaysia yang diraikan oleh rakyat negara ini khususnya Sabah dan Sarawak.

Program Cara Hidup Sihat itu melibatkan Kembara Air Terjun Taliwas Trail (Lembah Danum) sejauh 5.5 kilometer.

Mizma berkata, Lahad Datu yang terus pesat membangun memerlukan belia yang dinamik, berkeyakin­an, trampil dan berakhlak mulia.

“Belia merupakan harapan kepada kekuatan Lahad Datu untuk terus menjadi sebuah daerah yang bersaing dan maju dengan kualiti tinggi warganya.

“Generasi belia di Lahad Datu harus memiliki wawasan dan turut serta memainkan peranan di pentas pembanguna­n Lahad Datu,” katanya.

Menyentuh Program Terokai Lahad Datu, Mizma berkata peserta yang menerokai Lahad Dat u bukan sahaja dengan kekuatan kudrat dan pandangan mata, malah mesti melihat Lahad Datu dengan mata hati yang tajam.

Menurutnya, belia Lahad Datu harus punya keterampil­an dan keyakinan serta berakhlak mulia sebagai cerminan kepada Lahad Datu di masa depan.

“Dalam tangan belia kita serahkan masa depan negara ini. Jadilah belia yang berwawasan, berdikari dan berpendidi­kan serta sanggup berkorban demi membela negara tercinta,” katanya.

Mizma menggesa belia yang menyertai kembara itu agar menjadi duta pelanconga­n dengan mempromosi dan memperkena­lkan keindahan alam semulajadi yang dimiliki oleh Lahad Datu kepada dunia luar khususnya pelancong asing menggunaka­n media sosial.

“Inilah antara peranan penting yang dapat dimainkan oleh golongan belia. Terokai keindahan alam semulajadi untuk mengurangk­an ‘stress’, pada masa yang sama perkenalka­n kecantikan alamnya kepada orang luar,” katanya.

Beliau turut memuji usaha Persatuan Hikers Lahad Datu yang menganjurk­an program yang amat berfaedah itu bagi mengisi masa lapang golongan belia.

 ??  ?? LAWATAN: Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Dato’ Juhari Hj Janan mengadakan lawatan ke Pejabat Persatuan Bangsa Sungai Sabah Zon Bukit Garam. Turut hadir, AMT Sabas dan Pengerusi Sabas Zon Bukit Garam Sabaruddin Hj Kabirun. Kelihatan dalam...
LAWATAN: Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Dato’ Juhari Hj Janan mengadakan lawatan ke Pejabat Persatuan Bangsa Sungai Sabah Zon Bukit Garam. Turut hadir, AMT Sabas dan Pengerusi Sabas Zon Bukit Garam Sabaruddin Hj Kabirun. Kelihatan dalam...
 ??  ?? PESERTA Taliwas. kembara bergambar kenangan di air terjun
PESERTA Taliwas. kembara bergambar kenangan di air terjun
 ??  ?? MIZMA (kanan) menerima cenderamat­a daripada penganjur.
MIZMA (kanan) menerima cenderamat­a daripada penganjur.
 ??  ?? MIZMA bergambar bersama peserta Program Terokai Lahad Datu.
MIZMA bergambar bersama peserta Program Terokai Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia