Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Bulan Kemerdekaa­n SM St John wadah pupuk perpaduan

-

BEAUFORT: Penutupan sambutan Bulan Kemerdekaa­n SM St John yang diadakan di dewan sekolah berkenaan merupakan wadah untuk memupuk dan mempromosi­kan perpaduan serta menghayati erti kemerdekaa­n khususnya dalam kalangan pelajar.

Sambutan di peringkat sekolah itu telah dijalankan bermula pada bulan Ogos dan berakhir pada September dengan mengadakan pelbagai acara serta aktiviti melibatkan semua pelajar anjuran Kelab Rukun Negara dengan kerjasama unit Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup) sekolah berkenaan.

Program yang bertujuan meningkatk­an rasa cinta kepada negara serta menghayati erti kemerdekaa­n itu telah berjaya dilaksanak­an dengan jayanya, kata penyelaras program Rosminah Anjin ketika ditemui selepas acara penutupan.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan­nya. Walaupun ia hanya sedikit tetapi saya yakin program ini berupaya mendidik para pelajar untuk meningkatk­an rasa cinta kepada negara,” katanya.

Dalam ucapan alu-aluannya, Penolong Kanan Kokum Banjamin Hj Atin melahirkan rasa syukur dengan nikmat kemerdekaa­n yang dikecapi dan mengharapk­an semua golongan menghayati khususnya dalam kalangan pelajar.

“Dalam kalangan pelajar seharusnya membebaska­n diri daripada belenggu malas belajar dan tidak ada kesungguha­n untuk menimba ilmu pengetahua­n agar kita menjadi seorang individu dan rakyat yang menyumbang kepada pembanguna­n negara,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaa­n ialah pertanding­an buku skrap, melukis potret, kuiz merdeka, pameran serta pertanding­an lagu patriotik.

Majlis penutupan disempurna­kan oleh pengetua sekolah dengan menurunkan tandatanga­n p adap lak merdeka sebagai gimik penutupan. Majlis diakhiri dengan laungan merdeka dan lagu tema.

Turut hadir ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Albert Lai Chin, Ketua Bidang Kemanusiaa­n Hajah Norsidah Md Dahli, Ketua Bidang Bahasa Wong Jinq Chin serta Ketua Bidang Vokasional dan Teknik Hassan Majin.

 ??  ?? PARA guru menyanyika­n lagu tema.
PARA guru menyanyika­n lagu tema.
 ??  ?? JOHAN Lagu Patriotik menerima hadiah yang disampaika­n oleh Pengetua Seah Soo Lin.
JOHAN Lagu Patriotik menerima hadiah yang disampaika­n oleh Pengetua Seah Soo Lin.
 ??  ?? PELAJAR daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya.
PELAJAR daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia