Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia galak rakyat jiwai semangat patriotism­e

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia penting dalam menjiwai semangat patriotism­e oleh rakyat negara ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata menerusi sambutan itu, rakyat dapat menunjukka­n semangat cintakan negara.

Katanya semangat itu bukan sahaja diterjemah­kan melalui ungkapan tetapi melalui tindakan dan perbuatan.

“Amat penting nilai patriotism­e dan cintakan negara dipupuk untuk mencapai citacita menjadi negara maju,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Telupid, pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata semangat pentingkan negara perlu diterjemah­kan mendahului kepentinga­n diri dan kaum masingmasi­ng.

Katanya menuntut kesamarata­an dalam pembanguna­n dan hak masing-masing merupakan satu keperluan bagi Malaysia bergerak ke hadapan dalam mencapai status sebagai sebuah negara maju.

Menurutnya semangat patriotism­e yang diterap di segenap lapisan masyarakat dan generasi dapat menjamin perpaduan erat semua kaum.

Beliau berkata sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai kaum dan agama adalah penting bagi setiap rakyat mengekalka­n keharmonia­n, perpaduan dan menghargai kesejahter­aan melalui pembanguna­n yang disediakan kerajaan.

Dalam pada itu, Ronald berkata walaupun sambutan dibuat di peringkat daerah dalam skala yang kecil namun semangat cintakan negara tentu dapat dipupuk dan dijiwai oleh semua yang terlibat dalam acara itu.

Antara acara yang diadakan adalah perbarisan, nyanyian patriotik, berbasikal, deklamasi sajak dan persembaha­n khas Polis Daerah Beluran.

Turut hadir, Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat, Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham dan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Labuk Abdul Rahman Kangkawang.

 ??  ?? RONALD (tiga dari kanan) bersama Benedict dan Sivanathan mengibarka­n Jalur Gemilang pada sambutan itu.
RONALD (tiga dari kanan) bersama Benedict dan Sivanathan mengibarka­n Jalur Gemilang pada sambutan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia