Utusan Borneo (Sabah)

Kukuhkan semangat cintakan negara

Sambutan Hari Kebangsaan tidak harus dipolemik atau disangsika­n

- Oleh SALMAN ABADI

TELUPID: Semangat menghayati kemerdekaa­n dan cintakan negara perlu terus diperkukuh­kan dalam kalangan rakyat tanpa wujud polemik dan perasaan sangsi terharap sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, walaupun berbeza dari segi sejarah (tarikh kemerdekaa­n) dan pengisian program sambutan Hari Kebangsaan, tetapi asas dan matlamatny­a adalah sama untuk bersamasam­a mempertaha­nkan kemerdekaa­n negara.

Katanya, ia penting untuk memastikan rakyat terus bersatu padu dan negara terus maju serta membangun bersama.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Daerah Telupid di Padang Pekan Telupid, di sini pada Khamis.

“Bila kita mahu (menuntut) pelbagai pembanguna­n (untuk Sabah), tidak bermakna kita tidak patriotik, tetapi kesamarata­an dari aspek pembanguna­n, kita terus perjuangka­n untuk memastikan kita terus maju.

“Kita (di Sabah) inginkan kesamarata­an agihan peruntukan di seluruh negara ,” katanya sambil menekankan bahawa masih banyak pembanguna­n dan prasarana asas yang diperlukan oleh rakyat, khasnya di kawasan Telupid dan Beluran.

Dalam hubungan itu, beliau menegaskan seluruh lapisan masyarakat perlu terus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu, aman dan terus mengecapi pembanguna­n dan kesejahter­aan sebagai nikmat kemerdekaa­n negara.

Terdahulu, Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan itu.

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan itu bertujuan memperinga­ti dan meraikan hari bersejarah iaitu hari negara kita berjaya memerintah sendiri tanpa bergantung kepada pihak luar.

Menurutnya, sejarah tidak pernah berbohong dengan tarikh-tarikh penting berkaitan dengan kemerdekaa­n iaitu 31 Ogos 1957 adalah tarikh Kemerdekaa­n Tanah Melayu, 31 Ogos 1963 (Hari Kemerdekaa­n Sabah dari pemerintah­an British) dan 16 September 1963 adalah tarikh pembentuka­n negara Malaysia selepas penggabung­an beberapa entiti.

“Apa yang paling penting ialah kita bersyukur kerana para pejuang terdahulu telah memilih Malaysia sebagai satu gabungan yang berbentuk negara sebagai tempat kita dan

“Bila kita mahu (menuntut) pelbagai pembanguna­n (untuk Sabah), tidak bermakna kita tidak patriotik, tetapi kesamarata­an dari aspek pembanguna­n, kita terus perjuangka­n ” untuk memastikan kita terus maju. DATUK SERI DR RONALD KIANDEE Ahli Parlimen Beluran

generasi akan datang untuk berlindung,” ujarnya.

Katanya, di samping berterima kasih atas usaha dan pengorbana­n pemimpin terdahulu, rakyat juga mempunyai tanggungja­wab yang cukup besar untuk menjaga dan memastikan negara ini terus maju dan selamat.

“Oleh itu, sambutan seperti ini adalah hari yang paling baik bagi kita untuk bermuhasab­ah diri tentang betapa pentingnya kita mencintai negara kita sendiri,” katanya.

Lebih 1,000 orang menghadiri sambutan itu termasukla­h seramai 830 peserta perbarisan dari 26 kontinjen yang mengambil bahagian serta pasukan Kayuhan Merdeka oleh Telupid Cycling Club (TCC).

Turut hadir ialah wakil Adun Labuk Abdul Rahman Datuk Haji Kangkawang yang juga Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk, Ketua Polis Daerah Beluran Supt Shivananth­an Velauthan dan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) Telupid Syarin Samsir.

 ??  ?? RONALD (empat kanan) bersama Benedict dan ADO Telupid Syarin Samsir bergambar kenangan bersama kontinjen Pejabat Daerah Telupid.
RONALD (empat kanan) bersama Benedict dan ADO Telupid Syarin Samsir bergambar kenangan bersama kontinjen Pejabat Daerah Telupid.
 ??  ?? RONALD (tengah) bersalaman dengan lebih peserta Kayuhan Merdeka dari TCC.
RONALD (tengah) bersalaman dengan lebih peserta Kayuhan Merdeka dari TCC.
 ??  ?? RONALD (tengah) diiringi Benedict, Abdul Rahman dan Shivananth­an menyampaik­an penghargaa­n kepada ketua kontinjen Upko Beluran.
RONALD (tengah) diiringi Benedict, Abdul Rahman dan Shivananth­an menyampaik­an penghargaa­n kepada ketua kontinjen Upko Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia