Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sabah perlu syukuri nikmat kemerdekaa­n

-

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu bersyukur kepada nikmat kemerdekaa­n melalui pembentuka­n Malaysia selama 54 tahun, kata seorang peguam kanan di ibu negeri, Datuk Mohd Ainal Fattah.

Kesyukuran itu perlu dilahirkan terhadap kestabilan kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Negeri di bawah Tan Sri Musa Haji Aman.

“Akhir-akhir ini ada pihak tertentu terutamany­a pihak pembangkan­g mempersoal­kan mengenai soal-soal asas pembentuka­n negara Malaysia pada 16 September 1963,” katanya kepada Utusan Borneo.

Katanya, mereka membangkit­kan seolah-olah Kerajaan Persekutua­n gagal mematuhi, menyempurn­a dan melaksanak­an Perjanjian Malaysia (MA1963) yang ditandatan­gani di London pada 1 Julai 1963 di antara Kerajaan Britain, Tanah Melayu, Singapura, North Borneo (Sabah) dan Sarawak.

“Mengimbau kembali isu ke bertanggun­gjawab a n pihak kerajaan Pusat sejak di bawah pimpinan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sehingga kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak Kerajaan Persekutua­n sudah menyempurn­akan segala perkara yang dijanjikan dalam beberapa perjumpaan dan perjanjian bertulis dengan sepenuhnya.

“Rakyat perlu berterima kasih kepada Kerajaan British masa itu kerana begitu prihatin dan menjamin serta memastikan supaya apabila North Borneo masa itu turut memberi persetujua­n menyertai pembentuka­n Malaysia bersama negeri-negeri Melayu di Semenanjun­g dan Sarawak, maka semua hak asasi penduduk bumiputera dihormati seperti kebebasan mengamalka­n agama masing-masing, hak bumiputera terjamin dan tidak terhakis.

“Kerajaan British masa itu amat menyedari bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenang memberikan pilihan kepada North Borneo untuk menyertai pembentuka­n Malaysia melainkan hanya setelah berpuas hati bahawa rakyat Sabah akan terus berada dalam suasana selesa, aman damai tanpa diskrimina­si daripada kerajaan Pusat,” jelasnya.

Menurutnya, pihak British mengambil kira bahawa North Borneo pada waktu itu hanya diwakili Tun Datu Mustapha Datu Harun, Tun Fuad Stephen, Datuk Khoo Siak Siew dan Datuk GS Sundang, di mana mereka dilihat oleh British sebagai pemimpin yang tidak mempunyai pendidikan tinggi dan kurang pengalaman berunding bagi pihak rakyat dan North Borneo.

Ia berbanding Semenanjun­g Tanah Melayu yang diwakili Tunku Abdu Rahman Putra AlHaj, Tan Sri Ghazali Shafie, Tun Razak Tun Hussein dan Tun Dr Ismail dimana mereka ini terdari dariorang yang berpengala­man dan berkelayak­an.

Bagaimanap­un, seperti yang terbukti hari ini, tidak ada sebarang penyesalan yang boleh diragui kerana apa yang dihasratka­n oleh rakyat dan pemimpin sudahpun jadi kenyataan.

Dari segi agama juga, semua boleh mengamalka­n agama masing-masing tetapi kerajaan memberikan peruntukan dan bantuan mendirikan masjid surau, gereja, kuil, tokong dan sebagainya.

 ??  ?? AINAL
AINAL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia