Utusan Borneo (Sabah)

80 sukarelawa­n ICU JPM sertai program Jalinan Kasih

- Oleh JOHAN AZIZ

DENGKEL (Selangor): Seramai 80 sukarelawa­n Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri telah menyertai program Jalinan Kasih #Jombaikiru­mah di tiga buah kampung di Jenderam Hilir di sini.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n Strategik) Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Zolkopli Dahalan.

Dalam ucapannya di Kampung Aminuddin Jenderam Hilir Dengkel pada Sabtu, beliau berkata program itu dapat meningkatk­an semangat kerjasama yang tinggi, untuk mengetahui dan memupuk hubungan antara ahli ICU dengan masyarakat setempat.

Beliau berkata program gotong royong ini telah lama diamalkan oleh masyarakat Malaysia dalam menyelesai­kan masalah.

Zo l k o p l i berkata keputusan kerajaan untuk menyediaka­n peruntukan berasaskan rumah bagi gotong royong bersama adalah tepat pada masanya.

Beliau berkata ia adalah untuk kebajikan orang yang kurang bernasib baik serta menanam semangat kekitaan dan mewujudkan semangat berpasukan yang tinggi.

“Atas dasar ini, program berkenaan telah ditetapkan bukan sahaja untuk membantu golongan yang memerlukan tetapi juga untuk platform semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Melalui aktiviti itu, sukarelawa­n ICU JPM dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Beliau berkata, usaha itu perlu diteruskan dan dilaksanak­an dalam menjalanka­n tugas harian mereka.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Persekutua­n (JKKP) Jenderam Hilir, Zulkifli Wahab memuji usaha yang dilakukan oleh sukarelawa­n ICU JPM kerana berjaya melaksanak­an pembaikan dan mengecat semula rumah secara bersama.

Turut hadir ialah Adun Dengkel Shahrum Mohd Sarif, Pegawai Pembanguna­n Persekutua­n Selangor Datuk Rosli Ramli, Pengarah Bahagian ICU dan pemimpin masyarakat setempat.

 ??  ?? SHAHRUM dan Zolkopli bergambar bersama sukarelawa­n ICU JPM selepas gotong royong itu.
SHAHRUM dan Zolkopli bergambar bersama sukarelawa­n ICU JPM selepas gotong royong itu.
 ??  ?? SHAHRUM (tiga kiri) dan Zolkopli (kiri) menunjukka­n isyarat bagus selepas majlis memasang plak Porgram Baiki Pulih Rumah secara gotong royong yang dijalankan oleh sukarelawa­n ICU JPM di rumah Rislimah Dimah (dua kiri) Kampung Aminuddin Jenderam Hilir.
SHAHRUM (tiga kiri) dan Zolkopli (kiri) menunjukka­n isyarat bagus selepas majlis memasang plak Porgram Baiki Pulih Rumah secara gotong royong yang dijalankan oleh sukarelawa­n ICU JPM di rumah Rislimah Dimah (dua kiri) Kampung Aminuddin Jenderam Hilir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia