Utusan Borneo (Sabah)

31 wanita hadiri kursus gubahan manik

- Oleh

MATUNGGONG: Seramai 31 wanita menyertai Kursus Gubahan Manik anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Matunggong, di sini.

Pembantu Pegawai Latihan KPLB Norshima Haji Kula berkata kursus lima hari itu yang bermula 11 hingga 15 September lalu diadakan di Bangunan Futsal Kampung Tinutudan dekat Pekan Sikuati.

Katanya, ia bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta kursus mengenai kaedah dan teknik gubahan manik, di samping meningkatk­an tahap kemahiran dalam penghasila­n gubahan manik sebagai produk komersial yang boleh mendatangk­an keuntungan.

Selain itu, ia juga dapat menjana pendapatan tambahan sekali gus membantu meningkatk­an kualiti hidup keluarga para peserta terlibat.

Majlis penutupan kursus itu disempurna­kan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong Bianus Kontong pada Jumaat.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak KPLB kerana menganjurk­an kursus itu yang amat baik dan berfaedah khasnya kepada para peserta terlibat.

Katanya, menerusi kursus itu para peserta diberi bimbingan memulakan asas gubahan manik sehinggala­h siap dan boleh dipasarkan untuk menjana pendapatan.

Beliau menasihatk­an para peserta agar memanfaatk­an segala ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang diperolehi sepanjang kursus itu dengan sebaik mungkin agar dapat menambah sumber pendapatan sambingan serta meningkatk­an lagi tahap kualiti hidup keluarga.

Menurutnya, setiap peserta akan dinilai pencapaian dan perkembang­an mereka dari semasa ke semasa untuk menilai keberkesan­an kursus dan sejauh mana ia memberi kesan positif kepada para peserta dalam penghasila­n produk gubahan kraf berasaskan manik.

SALMAN ABADI

 ??  ?? PESERTA kursus bergambar kenangan bersama Bianus Kontong (duduk, lima kiri) dan Norshima (duduk, dua kanan) serta para tenaga pengajar dari KPLB.
PESERTA kursus bergambar kenangan bersama Bianus Kontong (duduk, lima kiri) dan Norshima (duduk, dua kanan) serta para tenaga pengajar dari KPLB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia