Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa terima rawatan terbaik

Najib lawat mangsa kebakaran sejurus tiba di KL

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata barisan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini melakukan yang terbaik dalam memberi rawatan kepada empat mangsa kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang mengorbank­an 23 nyawa, Khamis lepas.

Beliau meluangkan masa melawat mangsa berkenaan pada Ahad sejurus tiba di Kuala Lumpur selepas menghadiri sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada Sabtu lepas.

“Saya telah melawat empat mangsa ini sebentar tadi... saya dapati bahawa mereka berada dalam jagaan yang sangat baik. Doktor-doktor di HKL telah dan sedang melakukan yang terbaik. Menurut pendapat yang

“Saya telah melawat empat mangsa ini sebentar tadi...saya dapati bahawa mereka berada dalam jagaan yang sangat baik. Doktor-doktor di HKL telah dan sedang melakukan yang terbaik. Menurut pendapat yang diberikan doktor, mangsa ada peluang baik untuk sembuh. Bagaimanap­un proses sembuh itu agak perlahan.

” Kita sama-sama berdoa mudah-mudahan mereka dapat pulih. DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

diberikan doktor, mangsa ada peluang baik untuk sembuh.

“Bagaimanap­un proses sembuh itu agak perlahan. Kita sama-sama berdoa mudah-mudahan mereka dapat pulih,” katanya ketika ditemui pemberita.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Tan Sri Othman Mustapha.

Ditanya adakah mangsa dapat bercakap dengan beliau, Najib berkata dua daripada mereka boleh bercakap.

“Dua lagi mangsa dalam keadaan ‘heavily sedated and ventilated’ (dalam keadaan tidur dengan bantuan alat penafasan) kerana terlalu banyak asap dalam paru-paru mereka. Mereka berdua ini tidak boleh bercakap,” kata perdana menteri.

Namun beliau yakin dengan kepakaran doktor HKL yang mampu memberi rawatan terbaik kepada kesemua mangsa.

Dalam kejadian awal pagi Khamis itu, 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz di Datuk Keramat di sini terkorban selepas terperangk­ap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat berkenaan yang turut mencederak­an tujuh yang lain.

Tiga daripada mereka dibenar meninggalk­an HKL malam Sabtu lepas. - Bernama

 ??  ?? NAJIB diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika melawat mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Ahad. - Gambar BERNAMA
NAJIB diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika melawat mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Ahad. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia