Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa baharu selaras sekolah agama rakyat dan pondok

-

KANGAR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata satu jawatankua­sa baharu perlu dibentuk bagi menyelaras Sekolah-sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan pondok agama kerana kerajaan pusat tidak berhasrat mencampuri hal ehwal sekolah berkenaan yang berada di bawah bidang kuasa agama negeri-negeri.

Beliau berkata walaupun satu dasar mengenai sekolah agama dan pondok boleh diwujudkan tetapi kuasa untuk mengambil tindakan masih tertakluk kepada negeri masing-masing.

“Satu piawaian keselamata­n perlu ada, sama ada pusatpusat pengajian tersebut berdaftar atau tidak, agar kejadian yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h tidak berulang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan persidanga­n perwakilan Umno Bahagian Arau di Dewan 2020 di sini, pada Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa kementeria­n itu sedia bekerjasam­a dengan kerajaanke­rajaan negeri berhubung hal ehwal sekolah tahfiz.

Ahmad Zahid berkata beliau telah berbincang dengan pengerusi pusat tahfiz berkenaan dan meminta mereka supaya mengetepik­an perbezaan demi kepentinga­n pelajar dan nyawa mereka.

Beliau berkata satu mesyuarat Jawatankua­sa Bertindak bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai cadangan hasil siasatan Suruhanjay­a Diraja (RCI) Pondok Pak Ya akan diadakan esok.

“Kita harus belajar walau apapun keadaan, bermula daripada kebakaran di Pondok Pak Ya. RCI ini harus siasat dengan terperinci serta membuat syor dan piawaian mestilah dipatuhi kerana pencegahan lebih baik daripada mengubati,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengucapka­n syabas kepada polis kerana menahan tujuh remaja lelaki berusia di antara 11 dan 18 tahun yang disyaki membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqiya­h dan menyelesai­kan kes itu tidak sampai 48 jam.

Bagaimanap­un, beliau sedih kerana jenayah tersebut melibatkan remaja dan kejadian itu boleh dielak jika pengendali pusat tahfiz itu memahami permasalah­an mereka.

“Mereka yang terlibat ini mungkin dipengaruh­i dadah dan mahu balas dendam namun, perbuatan itu menyebabka­n kehilangan nyawa.

Menurutnya kira-kira 52 peratus banduan yang berada dalam penjara di negara ini terlibat dengan jenayah berkaitan dadah.

“Berikutan itu, kerajaan memisahkan penguatkas­aan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan pemulihan di bawah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) supaya lebih fokus. (Namun,) penguatkua­saan sahaja tidak cukup ... institusi keluarga dan rakyat patut lebih sedar kerana permasalah­an ini turut dialami negara lain,” katanya.

Mengenai penyebaran maklumat berhubung tangkapan tujuh remaja itu, Ahmad Zahid berkata ia bukan daripada sumber polis tetapi daripada agensi lain yang menular video mengenainy­a. - Bernama

 ??  ?? ZAHID diiringi Ketua Umno Bahagian Arau yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Negeri Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebaik tiba bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Arau 2017 di Dewan 2020 pada Ahad. - Gambar BERNAMA
ZAHID diiringi Ketua Umno Bahagian Arau yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Negeri Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebaik tiba bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Arau 2017 di Dewan 2020 pada Ahad. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia