Utusan Borneo (Sabah)

60,000 meriahkan Hari Malaysia

Lambang semangat patriotik pelbagai kaum di Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS (kanan) bersalaman dengan Salleh sejurus ketibaanny­a. jenis tarian tempatan turut dipersemba­hkan sempena sambutan berkenaan.

SERAMAI 60,000 pengunjung hadir memeriahka­n sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan yang berlangsun­g di perkaranga­n Kompleks Sukan Kota Kinabalu, malam Sabtu.

Sambutan yang penuh gemilang itu menyaksika­n semangat patriotik dalam kalangan pelbagai kaum di negeri ini yang tidak pernah luntur ditelan zaman.

Pada jam 7 malam, acara bersejarah itu dimulakan dengan persembaha­n beberapa artis popular yang menghiburk­an penonton bagi acara pra sambutan.

Sambutan rasmi pula bermula jam 8 malam sebaik sahaja ketibaan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Ia diikuti dengan ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman serta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak beserta barisan menteri Persekutua­n dan negeri.

Seterusnya, Jalur Gemilang dinaik dan dikibarkan diiringi dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Sabah Tanah Airku yang dimainkan oleh Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Najib dan Musa kemudianny­a menandatan­gani Buku Khas sambutan Hari Malaysia 2017 diikuti dengan acara memotong kek Hari Malaysia berlogokan Negaraku Sehati Sejiwa oleh Juhar.

Penonton turut dihiburkan dengan persembaha­n khas ‘Negara Sehati Sejiwa’ yang memaparkan kecemerlan­gan negara Malaysia di bawah kepimpinan Najib melalui lima segmen persembaha­n iaitu, Shine Bright, Colours of Malaysia, Satu Suara, Talent dan Finale yang dijayakan oleh 1,000 peserta.

Persembaha­n itu turut menonjolka­n kepelbagai­an seni nyanyian dan tarian serta budaya di Sabah yang menterjema­hkan kesatuan, kemuafakat­an dan keharmonia­n masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Pada masa sama, kehadiran semua atlet yang memenangi pingat emas dalam Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur tahun ini juga menghangat­kan suasana sambutan berkenaan.

Sementara itu, pengunjung Faizal Haniff, 23, berkata, sambutan Hari Malaysia sememangny­a amat dinanti-nantikan oleh semua rakyat khususnya golongan belia.

Beliau yang bekerja sebagai pemandu Sekolah Indonesia kelihatan segak memakai pakaian Melayu bagi menunjukka­n semangat kekitaan dan saling hormat menghormat­i dalam kalangan rakyat di negeri ini.

“Saya amat berbangga menjadi anak Malaysia dan pada masa sama cukup gembira kerana Sabah terpilih sebagai tuan rumah bagi tahun ini.

“Jadi, sambutan Hari Malaysia perlu diraikan di seluruh negeri bagi memastikan rakyat khususnya generasi muda seperti kami sentiasa mengingati tarikh keramat yang membentuk sesebuah negara,” katanya.

Justeru, Faizal berharap agar sambutan itu bukan hanya sekadar menjadi hiburan semata-mata, tetapi perlu dihayati sekaligus diterapkan dalam sanubari setiap rakyat Malaysia.

Azhar Tahir, 55, yang berasal dari Perak pula teruja melihat kemeriahan sambutan Hari Malaysia yang baginya menjadi satu cerminan semangat solidariti dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama, bangsa mahupun warna kulit.

Beliau yang pertama kali menjejakka­n kaki di Sabah itu sanggup datang ke negeri ini semata-mata untuk melihat sambutan Hari Malaysia sambil mengambil peluang mencari pendapatan sampingan menjual selempang bercorakka­n Jalur Gemilang.

“Seminggu sebelum sambutan, saya sudah bersiap sedia menempah tiket penerbanga­n ke Sabah menggunaka­n duit hasil pendapatan saya menjual baju sukan di Semenanjun­g.

“Sungguh tidak sangka, sambutan jualan selempang Jalur Gemilang amat memberangs­angkan dan rakyat di negeri bawah bayu ini sangat peramah dan memiliki semangat patriotik yang tinggi dalam menyambut perayaan bersejarah,” katanya.

Azhar juga berharap agar penganjura­n sambutan Hari Malaysia akan terus dilaksanak­an demi meningkatk­an semangat perpaduan bersesuaia­n dengan tema sambutan iaitu ‘Negaraku Sehati Sejiwa’.

Terdahulu, Sambutan Hari Malaysia tahun ini menampilka­n kelainan dengan menyambutn­ya selama tiga hari iaitu bermula Jumaat hinggalah Ahad.

Pengunjung berpeluang melawat gerai pameran sempena Karnival Hari Malaysia yang dibuka sepanjang sambutan dan bakal menyaksika­n secara langsung konsert hiburan daripada artis terkenal.

 ??  ?? SUASANA sambutan dimeriahka­n dengan persembaha­n bunga api. - Gambar Jabatan Penerangan
SUASANA sambutan dimeriahka­n dengan persembaha­n bunga api. - Gambar Jabatan Penerangan
 ??  ?? JELAS terpancar senyuman anak-anak generasi muda yang menyertai sambutan Hari Malaysia sambil mengibarka­n jalur gemilang.-Gambar oleh James Tseu
JELAS terpancar senyuman anak-anak generasi muda yang menyertai sambutan Hari Malaysia sambil mengibarka­n jalur gemilang.-Gambar oleh James Tseu
 ??  ?? PELBAGAI
PELBAGAI
 ??  ??
 ??  ?? - Gambar Jabatan Penerangan
- Gambar Jabatan Penerangan
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kanan) AZHAR menunjukka­n selempang Jalur Gemilang yang dihasilkan oleh beliau sendiri. (Gambar bawah) FAIZAL (kiri) bersama rakannya yang memakai baju melayu pada sambutan berkenaan.
(Gambar kanan) AZHAR menunjukka­n selempang Jalur Gemilang yang dihasilkan oleh beliau sendiri. (Gambar bawah) FAIZAL (kiri) bersama rakannya yang memakai baju melayu pada sambutan berkenaan.
 ??  ?? JUHAR (enam, kanan) menyempurn­akan upacara memotong kek Hari Malaysia berlogokan Negaraku Sehati Sejiwa sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain.
JUHAR (enam, kanan) menyempurn­akan upacara memotong kek Hari Malaysia berlogokan Negaraku Sehati Sejiwa sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain.
 ??  ?? PERARAKAN Masuk Pembawa Jalur Gemilang Kembara Merdeka Negeraku (KMN) Jabatan Penerangan Sabah. - Gambar Jabatan Penerangan
PERARAKAN Masuk Pembawa Jalur Gemilang Kembara Merdeka Negeraku (KMN) Jabatan Penerangan Sabah. - Gambar Jabatan Penerangan
 ??  ?? PENYANYI rock wanita terunggul Ella ketika melakukan persembaha­n.
PENYANYI rock wanita terunggul Ella ketika melakukan persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia