Utusan Borneo (Sabah)

1,500 hadir di upacara Moningolig Batu Sumpah dan perhimpuna­n GS

- Oleh JOHAN AZIZ BOBOLIAN Muri Gulim melakukan upacara moningolig pada batu sumpah itu.

KENINGAU: Seramai 1,500 ahli Gabungan Sabah (GS) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menghadiri upacara Moningolig Batu Sumpah sempena sambutan Hari Malaysia di perkaranga­n Pejabat Daerah Keningau pada Sabtu.

Ketibaan ahli parti dari GS dan NGO itu seawal jam 8.30 dan upacara Moningolig Batu Sumpah itu dimulakan pada jam 10.15 pagi.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Pengerusi GS Datuk Haji Mohd Noor Mansur, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah dan Adun Bingkor Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) dan Adun Klias Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin serta Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Dato Sri Mohd Arshad Abdul Mualap.

Upacara Moningolig atau pemujaan Batu Sumpah itu telah dilaksanak­an oleh seorang bobolian, Muri Gulim dengan memotong seekor ayam putih dan darah ayam disimbah pada batu itu.

Sebelum upacara itu bermula, mereka yang hadir telah menyanyika­n dengan didahuluka­n lagu Sabah Tanah Airku dan Negaraku.

Ia diikuti oleh pidato bertajuk Jati Diri Pembina Negara Bangsa Merdeka daripada Ketua Wiramuda Parti Star Sabah Feddrin Tuliang dan diikuti ucapan oleh Jeffrey dan amanat pembentuka­n Malaysia oleh Mohd Noor.

Selepas upacara itu, semua penyokong dan ahli masing-masing bergerak ke Pejabat Perhubunga­n GS Parlimen Keningau di Kampung Bayangan untuk majlis perhimpuna­n dan perasmian.

Di majlis itu, ahli GS dan NGO menyanyika­n lagu Sabah Tanah Airku selepas bacaan doa oleh Haji Haimin Miun sebagai memulakan majlis itu diikuti dengan persembaha­n kebudayaan dan drama tari seterusnya ucapan Ketua Star Bahagian Keningau merangkap Pengerusi Penganjur Robert Tawik dan perasmian majlis telah disempurna­kan oleh Mohd Noor.

Majlis diteruskan dengan pembentang­an kertas konvensyen oleh Jeffrey diikuti oleh ucapan Yong, Lajim dan Arshad.

Pada sesi resolusi itu, wakilwakil parti dari GS terdiri Ketua GenY Star Bahagian Sook Corlianey Sikta, Ketua Wanita GS Keningau Laura John, Ketua Pemuda GS Keningau Maximus Joannes, wakil Star Keningau Paul Gitang, Ketua Bahagian SAPP Melalap Jimmy Jawatah, Ketua Bahagian Harapan Rakyat Keningau Justin Yonsoding dan Ketua Penyelaras PPRS Bingkor Ignatius Marukau masing-masing memberikan ucapan mereka.

Majlis itu telah berakhir pada jam 6 petang.

 ??  ?? MOHD Noor (kiri depan) dan Jeffrey antara ribuan ahli GS dan NGO yang hadir pada perhimpuna­n di Pejabat Perhubunga­n GS Parlimen Keningau.
MOHD Noor (kiri depan) dan Jeffrey antara ribuan ahli GS dan NGO yang hadir pada perhimpuna­n di Pejabat Perhubunga­n GS Parlimen Keningau.
 ??  ?? AHLI GS dan NGO yang datang ke upacara penghormat­an batu sumpah itu.
AHLI GS dan NGO yang datang ke upacara penghormat­an batu sumpah itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli GS dan NGO yang menghadiri perhimpuna­n selepas upacara batu sumpah itu.
SEBAHAGIAN ahli GS dan NGO yang menghadiri perhimpuna­n selepas upacara batu sumpah itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia