Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan tidak pilih kawasan

Laksana pembanguna­n ikut keperluan dan keutamaan rakyat

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Kerajaan tidak memilih dalam melaksanak­an pembanguna­n di sesebuah kawasan sebaliknya ia dilaksanak­an berdasarka­n keperluan dan keutamaan oleh rakyat.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata pelaksanaa­n pembanguna­n merangkumi semua kawasan di negara ini sama ada di bandar atau luar bandar adalah untuk kesejahter­aan semua rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata proses pembanguna­n merupakan usaha berterusan kerajaan bagi memastikan semua kawasan di negara ini menikmatin­ya.

“Ada kawasan khususnya di luar bandar belum lengkap menikmati pembanguna­n itu dalam aspek kemudahan asas iaitu bekalan air, elektrik dan jalan raya.

“Kerajaan menyedari hakikat masih banyak kawasan memerlukan perhatian dan setiap tahun dalam bajet, peruntukan besar diberikan untuk kawasan luar bandar terutama di negeri ini,” katanya pada Program Jelajah Akar Umbi di Kampung Timpus Paitan di sini pada Selasa.

Pada majlis itu, Ronald merasmikan Bangunan Komuniti Kampung Timpus dan Pertanding­an Sukan Daerah Mengundi Alongei Paitan.

Menurutnya kerajaan mempunyai keupayaan dan rekod baik dalam melaksanak­an pembanguna­n bagi memenuhi keperluan rakyat.

Sebagai contoh, katanya, di kawasan Parlimen Beluran, sebanyak 72 dewan orang ramai, 27 masjid serta surau dan 15 gereja baharu telah dibina atas permintaan rakyat.

Dalam pada itu, pada program sama di Kampung Keliaga, Ronald berkata dakwaan parti pembangkan­g bahawa kawasan luar bandar dianaktiri­kan adalah tidak benar.

Katanya parti pembangkan­g hanya pandai bercakap sahaja dan menggunaka­n isu setempat untuk meraih sokongan rakyat di kawasan berkenaan.

“Parti pembangkan­g menghasut rakyat menggunaka­n perkara yang kita belum buat tetapi tidak menyentuh perkara kerajaan buat untuk kesejahter­aan rakyat.

“Mereka hanya muncul menjelang pilihan raya tetapi pemimpin Barisan Nasional

“Kerajaan menyedari hakikat masih banyak kawasan memerlukan perhatian dan setiap tahun dalam bajet, peruntukan besar diberikan untuk kawasan luar bandar ” terutama di negeri ini. DATUK SERI DR RONALD KIANDEE Ahli Parlimen Beluran

bukan pemimpin bermusim dengan sentiasa turun padang mendengar masalah serta keperluan rakyat,” katanya.

Pada majlis itu, Ronald mengumumka­n pembinaan sebuah dewan orang ramai di Kampung Keliaga.

 ??  ?? RONALD bersalaman dengan penduduk Kampung Keliaga yang menyambut kedatangan beliau.
RONALD bersalaman dengan penduduk Kampung Keliaga yang menyambut kedatangan beliau.
 ??  ?? RONALD (kiri) menerima cenderahat­i pada program di Kampung Timpus.
RONALD (kiri) menerima cenderahat­i pada program di Kampung Timpus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia