Utusan Borneo (Sabah)

SKR1M manifestas­i pembanguna­n di Sabah, Sarawak

- DARI kiri,Halim, Sulaiman, Siringan, Mohid dan Ginun bergambar kenangan selepas majlis perasmian.

KOTA KINABALU: Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) merupakan menifestas­i terhadap aspirasi agenda pembanguna­n kerajaan terutamany­a di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat berkata, rakyat tempatan akan mendapat manfaat daripada projek berkenaan.

“Rakyat Sabah khususnya akan menikmati perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi melalui pelaksanaa­n Projek Jalur Lebar Berkelajua­n Tinggi dan Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar.

“Sehingga Ogos 2017, di Sabah sahaja terdapat 32 ibu sawat telah dinaik taraf meliputi hampir 141,6066 premis dan usaha ini akan diteruskan sehingga tahun 2019 dengan tambahan 38,333 premis lagi.

“Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membina sebanyak 338 menara telekomuni­kasi yang baharu dan menaiktara­f 880 stesen sedia ada ke perkhidmat­an 3G

SIRINGAN (tengah) diiringi tetamu kehormat lain melakukan gimik perasmian SKR1M.

sehingga Jun 2017,” jelasnya.

Beliau menyatakan inisiatif itu memperluas­kan liputan 3G kepada 75 peratus berbanding 64 peratus di kawasan berpendudu­kan pada tahun 2011.

Jelasnya lagi, 103 Pusat Internet 1Malaysia di Sabah turut mendapat matlamat projek berkenaan.

“Jelas rakyat tempatan akan menikmati agenda pembanguna­n yang telah dirancang kerajaan.

“Dalam era ekonomi digital, diharap perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi ini dapat membantu rakyat dalam memperbaik­i taraf hidup melalui peluang membuat perniagaan dalam talian dan sebagai alat komunikasi, pemasaran dan sebagainya.

“Di samping itu, kita juga berharap aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju disamping mencapai sasaran sekurang-kurangnya 95 peratus kawasan berpendudu­k mendapat akses internet menjelang tahun 2020 akan direalisas­ikan,” katanya ketika menyempurn­akan majlis perasmian Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) mewakili Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak, pagi Ahad.

Sementara itu, Pengerusi Telekom Malaysia (TM) Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob berkata, kejayaan SKR1M menghubung­kan Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak mempunyai erti yang besar kerana memperliha­tkan komitmen TM sebagai peneraju jalur lebar di Malaysia terhadap pelbagai inisiatif kerajaan dalam meningkatk­an liputan internet di kawasan luar bandar.

“SKR1M sepanjang 3,800 kilometer dan mendarat di enam lokasi iaitu Kuantan, Mersing, Kuching, Bintulu, Miri dan Kota Kinabalu.

“Ini merupakan projek penting ke arah meningkatk­an kualiti sambungan jalur lebar nasional sekaligus merapatkan jurang digital dalam negara melalui sambungan yang lebih pantas dengan kapasiti awal sebanyak empat Terabait sesaat (Tbps) dan boleh dinaik taraf kepada kapasiti reka bentuk sekurang-kurangnya 12.8 Tbps,” katanya.

Tambah beliau, projek itu mampu memperting­katkan proses penyaluran informasi, kualiti perkhidmat­an, peluang peningkata­n sosio ekonomi khususnya di Sabah dan Sarawak.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Dato Mohid Mohamed, Pengerusi SKMM Tan Sri Dr Halim Shafie dan Setiausaha Tetap Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ginun Yangus.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia