Utusan Borneo (Sabah)

Hujan lebat burukkan nasib Rohingya

Agensi antarabang­sa khuatiri ramai maut akibat kekurangan keperluan asas

-

COX’S BAZAR: Pelarian Rohingya di Bangladesh dikhuatiri mati akibat kekurangan makanan, tempat perlindung­an dan air bersih ekoran kebanjiran mereka yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar, menurut sebuah agensi bantuan semalam, ketika pihak berkuasa mulai memindahka­n pelarian ke kem-kem untuk menyelaras pengagihan bantuan.

Hampir 410,000 anggota minoriti Islam Rohingya telah melarikan diri dari negeri barat Rakhine ke Bangladesh untuk melepaskan diri daripada kempen ketenteraa­n yang dilabel PBB sebagai genosid.

“Ramai tiba dalam keadaan lapar, keletihan, tanpa makanan atau air,” menurut Mark Pierce, pengarah Bangladesh agensi bantuan Save the Children.

“Saya amat bimbang bahawa permintaan untuk makanan, tempat perlindung­an, air dan sokongan kebersihan asas tidak dipenuhi ekoran jumlah yang memerlukan terlalu ramai.

“Jika keluarga ini tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka, penderitaa­n mereka akan menjadi semakin teruk dan nyawa mereka akan melayang,” katanya.

Pierce menegaskan respons kemanusiaa­n perlu dipercepat di mana komuniti antarabang­sa harus meningkatk­an saluran dana.

Pemantau hak asasi dan pelarian Rohingya mendakwa pasukan keselamata­n Myanmar dan militia Buddha Rakhine membalas serangan pemberonta­k Arakan pada 25 Ogos lalu dengan kempen

SEBUAH keluarga Rohingya berlindung daripada hujan di bawah kanvas di tepi jalan dekat kem di Cox’s Bazar, semalam. — Gambar Reuters

keganasan dan pembakaran yang bertujuan mengusir populasi Muslim.

Myanmar menolak dakwaan itu dengan menyatakan pasukannya menjalanka­n operasi pembersiha­n pemberonta­k Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) yang mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan pada Ogos dan serangan lebih kecil pada Oktober tahun lepas.

Kerajaan Myanmar mengumumka­n kumpulan itu sebagai sebuah pertubuhan teroris dan menuduhnya memulakan kebakaran dan menyerang orang awam.

Pengawal sempadan Bangladesh berkata, kemasukan pelarian dari Myanmar berkuranga­n sejak beberapa hari lalu setelah cuaca buruk menyukarka­n pelayaran bot ke Bangladesh.

Hujan lebat menyaksika­n pelarian berlindung di bawah plastik dan pondok buluh ketika pihak berkuasa mulai memindahka­n 100,000 Rohingya dari tepi jalan ke kem bantuan.

“Kami tidak membenarka­n sebarang pengagihan kepada sesiapa yang berada di tepi jalan.

“Kami mahu meyakinkan mereka segala-galanya ada di kem dan tiada apa-apa di sini,” kata pegawai kerajaan daerah Kazi Abdur Rahman.

Tiada petanda keganasan berkuranga­n di Myanmar di mana asap berkepul dari kampung-kampung yang terbakar masih kelihatan setakat Jumaat lalu.

Human Rights Watch berkata, imej satelit menunjukka­n 62 kampung Rohingya telah dibakar sejak keganasan meletus.

Myanmar mendakwa lebih 430 terbunuh, kebanyakan­nya pemberonta­k, dan kirakira 30,000 penduduk kampung bukan Muslim telah dipindahka­n. Amerika Syarikat (AS) telah menyeru perlindung­an untuk orang awam dan timbalan penolong setiausaha luar Patrick Murphy dijangka melawat Myanmar minggu ini.

Beliau akan melawat Sittwe, ibu negeri Rakhine, untuk bertemu pegawai kerajaan dan perwakilan komuniti termasuk Rohingya.

Beliau bagaimanap­un tidak akan melawat zon konflik di utara negeri tersebut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia