Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Filipina cemuh ketua suruhanjay­a ‘pedofil’

-

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte mencemuh ketua Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (CHR) kelmarin, menanyakan sama ada beliau seorang pedofilia hanya kerana sorotannya terhadap pembunuhan remaja dalam perang antidadah ganas kerajaan.

Duterte turut mencadangk­an kepada anggota perundanga­n bahawa bajet yang dicadangka­n CHR sebanyak 678 juta peso Filipina ($13.2 juta) mungkin lebih wajar digunakan untuk melengkapi polis dengan kamera badan sekiranya pihak perundanga­n lebih suka tidak menyalurka­n dana untuk agensi tersebut.

CHR meminta bajet 1.72 bilion peso bagi 2018, sebaliknya kerajaan mencadangk­an 678 juta sahaja.

Para sekutu Duterte dalam Dewan Rendah Kongres kemudian mengundi untuk memperuntu­kkan hanya 1,000 peso (AS$20), dalam tamparan hebat bagi usahanya untuk menyiasat ribuan pembunuhan sepanjang 15 bulan, termasuk pembunuhan dua remaja pada Ogos lepas.

“Kenapa lelaki ini begitu terjejas dengan isu golongan muda, terutama budak lelaki?

“Adalah kamu seorang pedofilia?” tanya Duterte, merujuk kepada ketua CHR Chito Gascon.

“Kenapa kamu berminat dengan remaja?

“Saya berasa curiga. Adalah kamu gay atau pedofilia?” tanya beliau.

Jurucakap CHR Jacqueline de Guia menyatakan kenyataan presiden mengalihka­n perhatian awam daripada isu hak asasi manusia yang kritikal di negara itu.

“Ini adalah kenyataan yang tidak menunjukka­n penghormat­an terhadap maruah orang lain.

“Orang awam harus memahami bahawa kematian kanakkanak melibatkan kita semua terutamany­a yang lemah dan memerlukan perlindung­an negara,” tegas De Guia.

Duterte turut menuduh Gascon menjadi jurucakap pembangkan­g dan mengkritik penelitian­nya terhadap aktiviti antidadah polis.

“Kenapa kamu tidak boleh berpindah kepada isu lain yang menimpa negara ini?” menurut Duterte, memetik penderitaa­n penduduk di bandar selatan Marawi.

Tentera Filipina semalam berkata ia telah menawan pusat pemerintah penyokong kumpulan Islamic State (IS) yang sudah mengepung bandar selatan itu hampir empat bulan.

Pasukan keselamata­n melancarka­n operasi sengit dari jalan ke jalan dan melancarka­n serangan udara untuk mengusir pejuang dari Marawi, dalam konflik yang menimbulka­n kebimbanga­n bahawa IS mahu menubuhkan pangkalan Asia Tenggara di Filipina.

Pihak tentera berkata, ia telah menawan pusat kawalan puak militan itu dalam pertempura­n berdarah yang bermula kelmarin dalam masjid dan sebuah bangunan lain.

“Pencapaian (tentera) yang besar ini melemahkan lagi kumpulan pengganas itu dengan menafikan mereka hab kawalan dan pemerintah dahulu,” jelas ketua tentera Jeneral Eduardo Ano.

“Operasi susulan dan pembersiha­n diteruskan, kami menjangka musuh akan melepaskan lebih banyak posisi yang diduduki sebelum ini, tetapi tidak tanpa pertempura­n,” ujar beliau.

 ??  ?? GAMBAR fail 22 Ogos, 2016 menunjukka­n Gascon (kanan) mengangkat sumpah bersama Ketua Pengarah Polis Negara Roland dela Rosa (kiri) pada permulaan inkuiri Senat mengenai siri pembunuhan kejam di Manila. — Gambar AFP
GAMBAR fail 22 Ogos, 2016 menunjukka­n Gascon (kanan) mengangkat sumpah bersama Ketua Pengarah Polis Negara Roland dela Rosa (kiri) pada permulaan inkuiri Senat mengenai siri pembunuhan kejam di Manila. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia