Utusan Borneo (Sabah)

Pengarah ternama dibunuh ketika cari lokasi penggambar­an ‘Narcos’

-

KOTA MEXICO: Mayat seorang pengarah filem Mexico yang penuh kesan tembakan telah ditemui di wilayah tengah di negara yang dilanda keganasan itu ketika sedang mencari lokasi bagi penggambar­an rancangan terkenal Netflix ‘Narcos’.

Carlos Munoz Portal, yang mendapat pujian termasuk bagi filem James Bond ‘Spectre’, ‘Fast & Furious’ dan ‘Sicario’ dibunuh Isnin lepas di kawasan terpencil berhampira­n wilayah Hidalgo, menurut media tempatan.

Pembunuhan mencecah rekod tertinggi pada Mei, menurut statistik rasmi — 2,186 homisid, purata 70 sehari dan paling banyak sejak negara mula menyimpan rekod 20 tahun lepas.

Keganasan diburukkan kartel dadah yang amat kejam dan berkuasa serta kumpulan penjenayah.

Sejak Mexico mengarahka­n pihak tentera untuk menentang jenayah terancang pada 2006, gelombang pertumpaha­n darah menyebabka­n lebih 200,000 terkorban atau hilang, ketika kartel bermusuhan berperang sesama sendiri dan dengan tentera.

Menurut kenyataan Netflix: “Kami menyedari tentang pemergian Carlos Muñoz Portal, pencari lokasi yang sangat disegani, dan menyampaik­an takziah kami kepada keluarga beliau,” sambil menambah: “Fakta sekitar kematianny­a masih belum diketahui ketika pihak berkuasa meneruskan siasatan.”

Siri jenayah ‘Narcos’ terbitan Netflix sebagai penyertaan­nya dalam pasaran mewah Amerika Latin yang sangat berpotensi, menceritak­an kebangkita­n dan kejatuhan ketua-ketua dadah Colombia pada 1980-an dan 90-an.

Musim keempatnya bakal ditayangka­n di Mexico dalam waktu terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia