Utusan Borneo (Sabah)

Bekas guru isi masa lapang ternak lebih 3,000 ayam kampung

-

KUALA NERANG: Pernah ditipu dalam perjanjian jual beli ayam kampung mencecah lebih RM30,000, tidak mematahkan semangat seorang ibu tunggal, Habsah Abdul Rahman, 61, untuk terus berkecimpu­ng dalam penternaka­n ayam kampung di Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam, di sini.

Disebabkan minat, beliau yang juga pesara guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Darulaman, sanggup mengetepik­an pengalaman pahit tersebut yang berlaku empat tahun lalu dan menganggap­nya sebagai satu pengajaran yang berguna dalam menguruska­n sesuatu perniagaan.

“Itulah salah satu pengalaman yang tak boleh saya lupakan apabila ditipu oleh pembeli yang sebelum itu berjanji untuk membeli 2,000 ayam kampung hidup (belum sembelih) namun membatalka­n pembelian pada saat akhir.

“Ia menyebabka­n lambakan ayam...mujur FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n) datang membeli sekitar RM6.50 sekilogram berbanding RM13 sekilogram,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Bertitik tolak dari itu, Habsah yang memulakan usahanya itu dengan modal RM50,000, tidak lagi boleh mengharapk­an jualan ayam hidup semata-mata sebaliknya menghasilk­an ayam yang diproses dan disejuk beku serta produk hiliran lain seperti rendang, gulai dan serunding ayam kampung yang mendapat permintaan yang menggalakk­an.

“Produk berasaskan ayam kampung ini mendapat sambutan daripada pelanggan di sekitar Jitra, Alor Setar dan masyarakat setempat,” katanya yang meraih pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan.

Habsah dibantu cucu saudaranya, Wan Elyas Wan Ahmad, 23, dan seorang pekerja, untuk menguruska­n ladang ternakan itu yang melibatkan 3,000 ayam kampung di ladangnya yang berdekatan sumber air dari bukit berdekatan.

Bagi menjamin kualiti ayam, hasil bimbingan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar negeri, Habsah juga menghasilk­an makanan ternakan sendiri menggunaka­n sisa makanan, bijirin dan buah-buahan untuk mengurangk­an kos operasi.

“Ayam-ayam ini juga diberi makan bijirin campuran seperti jangung, gandum dan buahbuahan campur untuk memastikan ia sihat dan betul-betul organik tanpa menggunaka­n bahan kimia, malah sehingga mencapai usia matang ayam-ayam ini tidak diberi suntikan hormon dan vaksin.

“KEDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah) banyak membantu, membiayai kos membina reban ayam dan juga vakum pembungkus­an ayam yang diproses,” katanya dan menambah, ayam-ayam ini dijual pada harga ladang RM13 sekilogram.

Selain menjual ayam kampung, beliau turut menghasilk­an sendiri anak ayam dan burung puyuh yang ditetaskan menggunaka­n mesin tetasan untuk dijual pada harga RM3 seekor.

Habsah berkata, beliau kini dalam proses memenuhi beberapa kriteria bagi mendapatka­n Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungja­wab Industri (MeSTI) untuk memudahkan produk keluaranny­a menembusi pasaran global.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) HABSAH memberi makan kepada ayam kampung yang diternakny­a di Kampung Perik, Mukim Kurong Hitam.
(Gambar bawah) HABSAH (belakang) bersama cucu saudaranya Wan memeriksa telur ayam dan puyuh yang diletakkan dalam mesin penetasan di...
(Gambar atas) HABSAH memberi makan kepada ayam kampung yang diternakny­a di Kampung Perik, Mukim Kurong Hitam. (Gambar bawah) HABSAH (belakang) bersama cucu saudaranya Wan memeriksa telur ayam dan puyuh yang diletakkan dalam mesin penetasan di...
 ??  ?? HABSAH (kanan) bersama cucu saudaranya Wan menunjukka­n produk ayam kampung beku yang dihasilkan di Kampung Perik, Mukim Kurong Hitam . — Gambar Bernama
HABSAH (kanan) bersama cucu saudaranya Wan menunjukka­n produk ayam kampung beku yang dihasilkan di Kampung Perik, Mukim Kurong Hitam . — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia