Utusan Borneo (Sabah)

Kelas ‘72-‘74 SMK TAHO bertemu lagi

-

SERATUS bekas pelajar kemasukan 1972 hingga 1974 Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg (SMTAHO), Kuching menghadiri majlis penyatuan semula di Dewan Suarah Kota Samarahan, baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbarnya, majlis bagi mengeratka­n hubungan silaturahi­m bekas pelajar bersama pasangan dan ahli keluarga masing-masing itu merupakan aktiviti tahunan setiap Ogos sejak 2015.

Program diisi dengan mengimbau detik bersejarah yang telah dilalui bekas pelajar melalui tayangan video berkaitan bekas pelajar yang telah meninggal dunia termasuk salah seorang pengasas Kumpulan Ex Openg 1971-1974 Allahyarha­m Daniel Syukri dan arwah Cikgu Yusuf Putit.

Selepas itu, ia disusuli pertunjuka­n video bekas pelajar yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah dan Madinah 1438H bersamaan 2017.

Satu persembaha­n tayangan berita televisyen juga diadakan bagi mengucapka­n tahniah kepada anak-anak mereka yang berjaya ditawarkan untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan kedoktoran di universiti dalam dan luar negara pada tahun ini.

Acara dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n karaoke, cabutan bertuah, acara meneka gambar bekas pelajar semasa masih muda dan pertanding­an pasangan paling romantik.

Program itu sangat bermakna kerana bukan sahaja mengeratka­n silaturahi­m antara bekas pelajar 19711974, tetapi lebih kepada aktiviti sosial untuk mengisi masa berkualiti bersama rakan dan keluarga untuk mengingati betapa pentingnya masa bersama mereka semasa umur sudah meningkat senja.

Ketiga-tiga majlis penyatuan semula ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sumbangan kewangan bekas pelajar untuk merealisas­ikannya.

Mereka ini adalah dari kalangan mereka yang berjaya dan mencipta nama dalam bidang kerjaya masingmasi­ng sama ada dalam sektor kerajaan, sektor swasta dan keusahawan­an di dalam dan luar negara.

Pihak penganjur berharap untuk majlis akan datang, lebih ramai lagi bekas pelajar tampil ke hadapan untuk merai dan memeriahka­n lagi suasana serta menyumbang dari segi kewangan dan sokongan moral.

“Program diisi dengan mengimbau detik bersejarah yang telah dilalui bekas pelajar melalui tayangan video berkaitan bekas pelajar yang telah meninggal dunia termasuk salah seorang pengasas Kumpulan Ex Openg 1971-1974 Allahyarha­m Daniel Syukri dan arwah Cikgu Yusuf Putit.

 ??  ?? BEKAS pelajar SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching merakam kenangan beramai-ramai pada majlis penyatuan yang dianjurkan setiap Ogos sejak tahun 2015.
BEKAS pelajar SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching merakam kenangan beramai-ramai pada majlis penyatuan yang dianjurkan setiap Ogos sejak tahun 2015.
 ??  ?? BEKAS pelajar Dr Oriah Akir menyampaik­an sepatah dua kata. BEKAS pelajar Dr Kamil Salem dan Nurfazilah Ismail berduet.
BEKAS pelajar Dr Oriah Akir menyampaik­an sepatah dua kata. BEKAS pelajar Dr Kamil Salem dan Nurfazilah Ismail berduet.
 ??  ??
 ??  ?? AISHAH Abang Abu Bakar dan Meena Mail menerima hadiah cabutan bertuah.
AISHAH Abang Abu Bakar dan Meena Mail menerima hadiah cabutan bertuah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia