Utusan Borneo (Sabah)

S’wak terima RM442j dana bantuan persekolah­an

Peruntukan KPM untuk tahun ini bakal memanfaatk­an lebih 400,000 murid di negeri ini: Khair

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Peruntukan Bantuan Persekolah­an menyalurka­n dana sebanyak RM442 juta kepada Sarawak bagi tahun ini.

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof yang memberitah­u peruntukan itu memanfaatk­an lebih 400,000 murid di negeri ini.

Jelasnya lagi, bantuan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu bantuan umum melibatkan peruntukan sebanyak RM89 juta, bantuan khusus RM319 juta dan bantuan secara ‘one off’ RM34 juta.

“Bantuan ini disalur untuk memastikan anak berada di 1,436 sekolah di seluruh Sarawak memperoleh peluang dan akses pendidikan yang baik serta berkualiti setanding negara maju.

“Pendidikan merupakan satu bentuk pelaburan penting bagi rakyat dan masa depan negara kerana apabila runtuhnya sistem pendidikan maka runtuh sesebuah negara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Jelajah KPM 2017 di Pusat Beli Belah Plaza Merdeka di sini, pada Sabtu.

Pada masa sama Khair memberitah­u daripada aspek warga pendidik pula, sebanyak 90 peratus guru di negeri ini merupakan anak jati Sarawak.

Menurutnya, pertukaran guru akan terus dilaksanak­an secara berperingk­at sehingga Januari 2018 dengan memberi keutamaan kepada guru duka lara berdasarka­n merit.

Menyentuh mengenai program itu, beliau menjelaska­n Sarawak merupakan lokasi kesembilan siri jelajah KPM di seluruh negara.

“Program turun padang ini merupakan inisiatif KPM untuk memastikan masyarakat mendapat perkhidmat­an secara terus dan memperoleh­i maklumat terkini yang sahih mengenai pendidikan,” katanya lagi.

Terdahulu, Pengarah Pendidikan

“Bantuan ini disalur untuk memastikan anak berada di 1,436 sekolah di seluruh Sarawak memperoleh peluang dan akses pendidikan yang baik serta berkualiti setanding negara maju.” TAN SRI DR KHAIR MOHAMAD YUSOF Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Negeri Rakayah Madon berkata, pihaknya sentiasa menggalakk­an penganjura­n program seumpama itu di negeri ini.

“Justeru, kita amat berharap agar masyarakat terutamany­a ibu bapa dapat memberi kerjasama yang baik bagi memastikan setiap program yang dilaksanak­an memberi manfaat kepada anak-anak kita,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, Khair berkata hasil usaha kerajaan negeri akan menjadi contoh kepada KPM dalam menangani masalah sekolah daif dan Sekolah Kurang Murid (SKM) di negara ini.

Namun, katanya, pihaknya masih menunggu hasil pelaksanaa­n dijalankan kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi dalam menangani masalah tersebut.

 ??  ?? KHAIR (tengah) ditemani Rakayah (kanan) menekan tablet bagi menyempurn­akan simbolik perasmian Jelajah Kementeria­n Pendidikan Malaysia di Plaza Merdeka.
KHAIR (tengah) ditemani Rakayah (kanan) menekan tablet bagi menyempurn­akan simbolik perasmian Jelajah Kementeria­n Pendidikan Malaysia di Plaza Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia