Utusan Borneo (Sabah)

Kelab Leo RRSS sumbang buku kepada perpustaka­n sempena Hari Literasi

-

MIRI: Kelab Leo Sekolah Menengah Jalan Riam (RRSS) meraikan Hari Literasi Sedunia dengan menyumbang buku bernilai lebih RM3,000 kepada perpustaka­an sekolah.

Ia merupakan aktiviti tahunan kelab setiap kali sambutan Hari Literasi yang diraikan pada setiap 8 September.

Tahun ini, kelab mendapatka­n buku berbahasa Inggeris, Cina dan Melayu yang kesemua bernilai RM3017.40.

Presiden Wong Qin Yin memberitah­u, sumbangan akan menambah sumber bahan bacaan dan maklumat di perpustaka­an memanfaatk­an semua warga sekolah.

Pengerusi penganjur, Eric Wong berkata, buku dibeli hasil jualan surat khabar lama dan jualan amal makanan di sekolah.

“Selain buku, dana diperoleh juga digunakan membeli komputer, alat tulis, papan putih, sistem bunyi dan mesin laminating untuk perpustaka­an sekolah,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif RRSS Dato Dr Fong Onn Min berkata, antara visi sekolah adalah melatig pelajar menjadi warganegar­a global dengan peka kepada projek dan aktiviti yang diraikan di seluruh dunia.

Antaranya ialah dengan meraikan Hari Literasi Sedunia oleh UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB) tentang kepentinga­n literasi (membaca) kepada individu dan masyarakat.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan ini ialah Penolong Ketua Pegawai Eksekutif, Chan Siew Ngo.

 ??  ?? ERIC (empat kanan), Dr Fong (tiga kanan), Chan (dua kanan), Wong (lima kanan) bersama guru dan ahli Kelab Leo RRSS.
ERIC (empat kanan), Dr Fong (tiga kanan), Chan (dua kanan), Wong (lima kanan) bersama guru dan ahli Kelab Leo RRSS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia